Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Monday, 18 March 2013

Cara Untuk Memikat Hati Suami..Persediaan untuk diriku jua nanti :P

Asslamualaikum :)


Sekarang dah mula belajar tentang alam rumah tangga..kena sedia mental dah fizikal sebelum bergelar isteri..pagi tadi iron baju depan tv sambil layan rancangan "Tanyalah Ustad". Alhamdulillah hati ni masih suka dengar ceramah agama waktu pagi sebelum nak pergi kerja..dulu Miss N dengan Cik Nani ex-housemate, kami memang suka dengar rancangan ni pagi2 sambil bersiap nak kerja..tiap2 hari mcm topik di bincangkan..hari ni punya topik best gak.."Memikat Hati Suami"..walaupun belum ada suami tapi kena banyak amik tahu gak..banyak tips gak la yang dah terlepas sebab selalu kalau bukak tv mesti dalam kul 7.30..rancangan ni start kul 7 pagi..hehehe..

Salah satu tips untuk memikat hati suami yang sempat Miss N dengar td dan kalau x silap la ialah amalkan baca surah Al-Qadr selepas solat isyak..

Tadi tercari2 suruh Al-Qadr ni..tapi terjumpa plak tips ni dari BTB lain..Bagi yang x pandai masak macam Miss N ni boleh la try amalkan..insyaAllah sedap la makanan untuk dihidangkan pada suami tu..x payah la taruk Ajinamoto banyak2..x baik untuk kesihatan suami nanti..hehehe..so nk share kat semua harap boleh kita sama2 amalkan...

Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya an kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kalau ikut lawan jam)

 
Doa Potong Sayur & Buah (Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)


فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

 
Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan (Baca 3 kali)

 
 
Tampal doa ni kat dapur ye..amalkan..x payah la nk buat nasi kangkang tu sebab nk tambat hati suami..Amalkan je doa2 di atas ni..InsyaALLAH.... =D
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment