Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
"Kenapa la
kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami
kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
"Jika kita
ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka
perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu
keadilan!"
"Kenapa
Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami
kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung
sendiri!"
"Islam kata
kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak
cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan
suaminya? Kenapa?"
"Wanita
takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh
nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan
puasa?"
Dan kemudian
datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak
sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya
dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki
pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan
seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
"Cik adik,
Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan
permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan
di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika
awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan
barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi
awak?
Saya tidak
dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan
terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya,
tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar
pendek!"
"Ok, isteri
perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada
ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.
Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada
suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian
lakukan!"
"Betul ke
wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu
memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia
mahu.
Shh.. jangan
kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!"
"Tahniah la
sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu
didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya
syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa
melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat
nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas
empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan
saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan
dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau
abang malah anak lelaki awak!"
"Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai
wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada
pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan
Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu
saja asasnya!"
"Saya,
seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan
suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata!"
Allah SWT;
sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang
Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia
Sumber dari rakan B2B :)
nice sharing.. ika singgah drop by here :)
ReplyDeletehttp://cartiecacloset.blogspot.com/