Dah bertambah umur ni makin lupa plak..Alasan je tu..hehehe..sebenarnya Miss N confius satu ayat dalam ayat-ayat 3 Qul ni..Samada surah Al-Falaq ataupun Surah Al-Kafirun..huhuhu..dua2 ni mempunyai perkataan Qul di permulaan..Bila tanye En Tunang malam tadi, dia pun dah terconfius dengan soalan Miss N..Tak salahkan dia pun..biasa la manusia kadang2 lupa..huhuhu..So hari ni kena amik insitif lain la..apa lagi menggoogle la untuk mendapatkan jawapan yang pasti..ni la jawapannya...
Jadi Al-Falaq la antara ayat-ayat 3 Qul ni..bukan lagi Al-Kafirun tau..Ingat tu !!
Banyak kelebihan bila membaca suruh An Nas dah Al-Falaq ni..antaranya..
1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dah di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk
3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.
4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.
5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.
6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca/diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.
Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipeliharaNya dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia. Supaya menjadi amalan kita sebagai hambaNya yang berserah bulat-bulat kepadaNya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
No comments:
Post a Comment