Assalamualaikum :)
Hari ni Miss N tolong En Tunang untuk renew roadtax and insurans kereta dia...Sebelum ni En Tunang lepaskan tangan dekat orang yang jual kereta tu..tapi kali ni En Tunang nak try dengan perkhidmatan MYEG..Mybe dia tgok Miss N lebih senang berurusan dengan MYEG utk renew roadtax kereta Miss N..mcm Miss N penah story dekat sini dulu...
Sebenarnya setiap kali nak renew roadtax kereta..ada sejarah hitam yang Miss N tak penah lupa dan mungkin akan ingat sampai mati bila ditipu dengan seorang lelaki yang Miss N rasa dia adalah seorang syaitan yang masih berkeliaran di muka bumi Allah ni..Yang rasa diri ni bodoh sangat bila dah ditipu, Miss N tetap boleh maafkan dia dan menerima untuk bertunang dengan si Syaitan ni..Jangan salah paham..Si Jantan ni bukanlah Tunang Miss N skrg ni..Tunang Miss N skrg ni tak mcm si jantan tu..Dia lebih bertanggungjawap pada Miss N..
Miss N ingat lagi..di awal perkenalan Miss N dengan syaitan tu..rasanya baru dalam sebulan kenal..Time tu awal bulan January..Miss N dah pening kepala mcm mana nak cari duit untuk bayar roadtax kereta..dalam simpanan langsung xde..al-maklumlah gaji time tu kecik..cukup2 makan je..nak kena bayar kereta tiap bulan..sewa rumah..Nasib baik ada kak long..Miss N pun try pinjam duit dengan kak long untuk renew roadtax ni..Kak long bagi pinjam RM1000..Sukanya hati satu masalah dah selesai..ada lagi satu masalah..mcm mana nk renew roadtax ni..Miss N x penah renew sendiri..baru 1st time nak renew..jadi Miss N sampaikanlah masalah Miss N ni kat si syaitan tu..Si syaitan tu dengan kata2 manis untuk menolong Miss N..katanya dia boleh minta tolong runner office dia watkan..Miss N pun dengan penuh kepercayaan serahkan la bulat2 kat syaitan untuk uruskan..Si syaitan ni telah minta kad bank Miss N dengan pin kod..katanya senang dia boleh keluarkan bila nak guna duit tu utk bayar roadtax..sekali lagi Miss N percaya..
Hari demi hari berlalu.. roadtax kereta dah nak expired..bila Miss N tanye dah siap ke roadtax kereta..jawapannya dah..tapi ada kat office..tanye lagi..lupa nak bawak balik..tinggal kat office..Miss N dan tak sedap hati..sanggup nak dari pj ke PKNS Shah Alam..dengan harapan boleh dapat roadtax tu..tapi hampa..bila jumpa sendiri mcm2 alasan dia bagi..Dia bagi lagi kata2 manis..pujuk Miss N suruh balik dulu..nanti dia bg roadtax tu..Sehingga la dah nak hampir sebulan..Miss N terpaksa drive kereta dengan roadtax yang dah expired..nasib la xde roadblok..Miss N try call lagi jantan tu..Dia still jawap..Mula2 ckap exsident kat KL..nak bg alasan supaya Miss N kesian la tu..Esok pagi2 Miss N call dah tak dapat..Miss N dengan nekad terus ke Kg Abu Bakar Baginda..Rumah family si Syaitan tu..bila cari dia Mama dia kata dia ke penang..Penang plak!!! Miss N pun cerita la yang Miss N ada minta tolong syaitan ni untuk renew roadtax..duit dah bagi tapi sampai skrg belum dapat roadtaxnya..fmly dia x leh nak tolong kata bapak dia..Miss N balik dengan penuh geram..
Akhirnya..Miss N dah geram sgt2..Miss N tanye dia satu soalan je.. ada ke tak xde roadtax tu!!!..kalau xde biar Miss N buat sendiri!!..Dia selambanya dia jawap xde...memang rasa nk menangis..Duit dalam bank habis semua dia guna..katanya nanti dia akan bayar balik..Miss N memang kecewa..dah la duit pinjam dari kak long..roadtax tak dapat pun..
Miss N dah boleh nak minta tolong sape2 lagi..Miss N teringat MYEG...penah ternampak kawan office Miss N wat guna online je..Miss N minta dia call no..Miss N terus call MYEG..terus dapat details..rasanya bayaran hanya RM400++ la..Miss N terpaksa guna duit gaji Miss N untuk bayar roadtax ni..
Lepas tu..masalah duit bertimbun2..dengan nak bayar hutang Kak Long..dengan hutang kete dah sangkut..sebab terguna duit gaji..lepas tu ada lagi..terpaksa bayar duit ganti rugi kat mak tam..sebab jual hp yang tak ori..Bila cerita segala hutang nak kena tanggung kat syaitan tu..dia pun bagi cadangan..kononnya cadangan tu membantu la..Miss N harap dia dapat bayarkan..tp Miss N plak di paksa buat personal loan..katanya nak wat biz..nanti boleh tolong setelkan segala hutang Miss N..Miss N terpaksa gak wat loan CIMB..dah la x tau apa2..untung rugi ke..langsung tak pikir..last2 Miss N terpaksa approvedkan gak..tp Miss N tipu syaitan tu yang loan Miss N tak lulus..Miss N terpaksa sebab duit tu Miss N nak bayar hutang..tapi loan tu Miss N tak dapat penuh..rupanya si syaitan tu ada wat perjanjian dengan org yang tolong wat loan tu akan bagi RM1.5k..tanpa pengetahuan Miss N..terpaksa gak la Miss N bagi gak rm1K selepas diminta dikurangkan...
Walaupun mcm2 hutang Miss N kena tanggung sebabkan si hasutan syaitan tu..Tapi Miss N bersyukur dapat putus hubungan dia syaitan tu..dari Miss N jadi isteri dia nanti tak tau apa akan jadi lagi dekat Miss N..mesti hidup merana macam isteri dia skrg ni..dengar cerita..segala harta rumah,kereta..habis kena jual dek si syaitan tu..huhuhu..nasib2...
Pengalaman ini membuatkan Miss N lebih berhati2..banyak urusan kereta Miss N setalkan sendiri..dari service..sampai lah renew roadtax..Miss N dah serik dengan apa yang berlaku..Miss N percaya..apa yang berlaku ada hikmahnya..Terima Kasih Allah..kerana memberikan ku peluang untuk sedar dari kesilapan dulu....
No comments:
Post a Comment