Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Monday 29 July 2013

Bila dikatakan pengalaman pahit memang susah nak dilupakan

Assalamualaikum :)

Hari ni Miss N tolong En Tunang untuk renew roadtax and insurans kereta dia...Sebelum ni En Tunang lepaskan tangan dekat orang yang jual kereta tu..tapi kali ni En Tunang nak try dengan perkhidmatan MYEG..Mybe dia tgok Miss N lebih senang berurusan dengan MYEG utk renew roadtax kereta Miss N..mcm Miss N penah story dekat  sini dulu...

Sebenarnya setiap kali nak renew roadtax kereta..ada sejarah hitam yang Miss N tak penah lupa dan mungkin akan ingat sampai mati bila ditipu dengan seorang lelaki yang Miss N rasa dia adalah seorang syaitan yang masih berkeliaran di muka bumi Allah ni..Yang rasa diri ni bodoh sangat bila dah ditipu, Miss N tetap boleh maafkan dia dan menerima untuk bertunang dengan si Syaitan ni..Jangan salah paham..Si Jantan ni bukanlah Tunang Miss N skrg ni..Tunang Miss N skrg ni tak mcm si jantan tu..Dia lebih bertanggungjawap pada Miss N..

Miss N ingat lagi..di awal perkenalan Miss N dengan syaitan tu..rasanya baru dalam sebulan kenal..Time tu awal bulan January..Miss N dah pening kepala mcm mana nak cari duit untuk bayar roadtax kereta..dalam simpanan langsung xde..al-maklumlah gaji time tu kecik..cukup2 makan je..nak kena bayar kereta tiap bulan..sewa rumah..Nasib baik ada kak long..Miss N pun try pinjam duit dengan kak long untuk renew roadtax ni..Kak long bagi pinjam RM1000..Sukanya hati satu masalah dah selesai..ada lagi satu masalah..mcm mana nk renew roadtax ni..Miss N x penah renew sendiri..baru 1st time nak renew..jadi Miss N sampaikanlah masalah Miss N ni kat si syaitan tu..Si syaitan tu dengan kata2 manis untuk menolong Miss N..katanya dia boleh minta tolong runner office dia watkan..Miss N pun dengan penuh kepercayaan serahkan la bulat2 kat syaitan untuk uruskan..Si syaitan ni telah minta kad bank Miss N dengan pin kod..katanya senang dia boleh keluarkan bila nak guna duit tu utk bayar roadtax..sekali lagi Miss N percaya..

Hari demi hari berlalu.. roadtax kereta dah nak expired..bila Miss N tanye dah siap ke roadtax kereta..jawapannya dah..tapi ada kat office..tanye lagi..lupa nak bawak balik..tinggal kat office..Miss N dan tak sedap hati..sanggup nak dari pj ke PKNS Shah Alam..dengan harapan boleh dapat roadtax tu..tapi hampa..bila jumpa sendiri mcm2 alasan dia bagi..Dia bagi lagi kata2 manis..pujuk Miss N suruh balik dulu..nanti dia bg roadtax tu..Sehingga la dah nak hampir sebulan..Miss N terpaksa drive kereta dengan roadtax yang dah expired..nasib la xde roadblok..Miss N try call lagi jantan tu..Dia still jawap..Mula2 ckap exsident kat KL..nak bg alasan supaya Miss N kesian la tu..Esok pagi2 Miss N call dah tak dapat..Miss N dengan nekad terus ke Kg Abu Bakar Baginda..Rumah family si Syaitan tu..bila cari dia Mama dia kata dia ke penang..Penang plak!!! Miss N pun cerita la yang Miss N ada minta tolong syaitan ni untuk renew roadtax..duit dah bagi tapi sampai skrg belum dapat roadtaxnya..fmly dia x leh nak tolong kata bapak dia..Miss N balik dengan penuh geram..

Akhirnya..Miss N dah geram sgt2..Miss N tanye dia satu soalan je.. ada ke tak xde roadtax tu!!!..kalau xde biar Miss N buat sendiri!!..Dia selambanya dia jawap xde...memang rasa nk menangis..Duit dalam bank habis semua dia guna..katanya nanti dia akan bayar balik..Miss N memang kecewa..dah la duit pinjam dari kak long..roadtax tak dapat pun..

Miss N dah boleh nak minta tolong sape2 lagi..Miss N teringat MYEG...penah ternampak kawan office Miss N wat guna online je..Miss N minta dia call no..Miss N terus call MYEG..terus dapat details..rasanya bayaran hanya RM400++ la..Miss N terpaksa guna duit gaji Miss N untuk bayar roadtax ni..

Lepas tu..masalah duit bertimbun2..dengan nak bayar hutang Kak Long..dengan hutang kete dah sangkut..sebab terguna duit gaji..lepas tu ada lagi..terpaksa bayar duit ganti rugi kat mak tam..sebab jual hp yang tak ori..Bila cerita segala hutang nak kena tanggung kat syaitan tu..dia pun bagi cadangan..kononnya cadangan tu membantu la..Miss N harap dia dapat bayarkan..tp Miss N plak di paksa buat personal loan..katanya nak wat biz..nanti boleh tolong setelkan segala hutang Miss N..Miss N terpaksa gak wat loan CIMB..dah la x tau apa2..untung rugi ke..langsung tak pikir..last2 Miss N terpaksa approvedkan gak..tp Miss N tipu syaitan tu yang loan Miss N tak lulus..Miss N terpaksa sebab duit tu Miss N nak bayar hutang..tapi loan tu Miss N tak dapat penuh..rupanya si syaitan tu ada wat perjanjian dengan org yang tolong wat loan tu akan bagi RM1.5k..tanpa pengetahuan Miss N..terpaksa gak la Miss N bagi gak rm1K selepas diminta dikurangkan...

Walaupun mcm2 hutang Miss N kena tanggung sebabkan si hasutan syaitan tu..Tapi Miss N bersyukur dapat putus hubungan dia syaitan tu..dari Miss N jadi isteri dia nanti tak tau apa akan jadi lagi dekat Miss N..mesti hidup merana macam isteri dia skrg ni..dengar cerita..segala harta rumah,kereta..habis kena jual dek si syaitan tu..huhuhu..nasib2...

Pengalaman ini membuatkan Miss N lebih berhati2..banyak urusan kereta Miss N setalkan sendiri..dari service..sampai lah renew roadtax..Miss N dah serik dengan apa yang berlaku..Miss N percaya..apa yang berlaku ada hikmahnya..Terima Kasih Allah..kerana memberikan ku peluang untuk sedar dari kesilapan dulu....





Charles & Keith untuk hari raya :)

Assalamualaikum :)

Raya ni boleh la bergaya dengan handbeg baru =D
Rezeki datang bergolek..minggu lepas bos senyap2 je bagi hadiah ni..katanya pakai untuk raya..Alhamdulillah :)


Dah lama Miss N tak tukar handbeg..dapat ni syukur sangat...Dapat duit raya pun best gak kan..





Wednesday 24 July 2013

Lemaunye badan hari ni :(

Assalamualaikum :)

Esok lusa x nak wat lagi mcm sahur pagi tadi...rasanya kesan tido lepas sahur agaknya badan ni lemah je..kerja pun malas..otak pun x boleh nak berfungsi dengan baik..

Selama 3 hari Miss N cuba tak tido lepas sahur ..ternyata memang ada kesannya..Selama 3 hari tu, Miss N amalkan membaca Al -Quran dan Al-Mathurat sebelum dan selepas solat subuh..Dalam  kul 6.30 barulah Miss N iron baju kerja dan lepas tu mandi..Pukul 7.30 dah sampai office...Rasanya dalam 3 hari tu Miss N xde la mengantok kat office..kerja pun dapat diselesaikan dengan tenang..

Lain plak hari ni..tah kenapa mengantok sgt subuh tadi..hati pun berbelah bagi gak td..nak tido ke or nak x nak..last tertido gak Miss N lepas solat subuh..Bangun kul 7.15..ha kau..terkejar2..baju pun pakai T-shirt je..dah x sempat naik iron..Drive tadi pun lemah gemalai je..sampai office apa kerja pun x buat..habis2 bukak file yang sama..dari pagi sampai skrg file tu je la atas meja..kalau kat destop komputer plak folder tu je la yang Miss N bukak dan tutup...pastu nak nampak sebok ckit mcm ni la...wat story ni dlm blog..hahahhaha =D memang tahap malas sgt dah Miss N..

Jelous tgok sedara sebelah ni..rajin benor mengadap komputer..dari pagi nampak bz je..hahahha..lantak la ko..Engineer Miss N pun sama..awal2 dah bg tau dia mengantok..lunch hour tadi sempat dia tido kat belakang tempat solat..pastu bangun ckap bila nak balik ni..hahahha..Bos plak..erm apa dia wat pun x tau la..turun bawah office pastu dah tak masuk2..rasanya dah nak dekat 2 jam...agaknya tido dalam kereta kot..hahahaha..macam2...

Aduh..lama lagi nak tunggu waktu balik ni.......





Tuesday 23 July 2013

Bubur Lambuk

Assalamualaikum :)

Pejam celik..pejam celik hari ni dah 14 Ramadhan kan..sekejap je..Selamat berpuasa u all.. =D
Bubur lambuk..sebut je teringat bubur lambuk kampung baru..Puasa kali ni Miss N baru dapat rasa sekali  bubur lambuk kg baru..tu pun beli je kat bazar kg baru..Sedap..dalamnya ada daging...saya suka..saya suka!hehehe

Sebenarnya Miss N masak bubur memang fail..dari bubur lambuk sampai la ke bubur baby makan..tetap fail..hahahha..padahal bukan susah pun..nk jadi cerita awal ramadhan hari tu, gas kat rumah habis..so Miss N plan nak masak bubur lambuk je guna rice cooker..mybe senang..kena pulak pagi tu tertengok rancangan 5 rencah 5 rasa..hari tu resepi bubur lambuk..erm..mcm ni rupanya nak wat bubur lambuk..


Bubur Lambuk Versi Nisa


1 cawan beras ( basuh dan tos)

¾ cawan Santan

Air (secukupnya)

Bahan tumis

Kayu Manis

Bunga Lawang

Jintan Manis -tumbuk

Jintan putih - tumbuk

Bahan kisar

bawang holland

bawang putih

udang kering

½ cawan Daging lembu

10 ekor udang

½ batang carrot dipotong dadu

1 biji kentang dipotong dadu

daun sup

daun pandan

garam secukup rasa

CARANYA:

1. Basuh beras bersih & toskan.

2. Bahan-bahan sprt bawang, bwg putih & udang kering dah dikisar dahulu.

3. Jintan manis+lada hitam ditumbuk halus, kemudian goreng dahulu hingga naik bau.

4. Letak marjerin dan sedikit minyak dalam periuk, dah panas, masukkan bahan-bahan yg dah dikisar tadi (bawang+putih+udang kering)+kayu manis+bunga lawang, dah naik bau masukkan jitan manis+ jintan putih yg dah digoreng tadi. Kacau hingga naik bau.

5. Masukkan udang + daging, kacau dan letak air sikit. Biarkan sampai naik bau.

6. Dah naik bau masukkan beras+daun pandan. Kacau seketika.

7. Masukkan air (air ikut sukatan masing-masing)

8. Biarkan sampai kembang cantik.

9. Dah kembang beras tadi, masukkan santan pekat.

10. Kacau seketika.

11. Masukkan kentang+carrot.

12. kacau-kacau sehingga bubur jdk cantik kembangnya

13. Masukkan garam

14. Dah empok kentang+karrot, dah kembang cantik, bolehlah angkat+tutup api gas.

15. Hidangkan.


Siap...huhuhu..sonangkan..buat pertama kalinya bubur lambuk Miss N wat ni menjadi..sedap..sebijik rasa mcm bubur lambuk kg baru..hehehe..try la...

Tunggu jap!!!...tolong la klik kat iklan dlm blog ni..kasi naik sikit nuffnang i..Thanks ye...

Papai...

Ops..gambar?...Ala..lupa nk amik gambar..sedap sgt..hehehe..








Tuesday 16 July 2013

Port Berbuka puasa untuk yang bujang mcm kami :)

Assalamualaikum ;)

Sabtu lepas baru berkesempatan nak buka puasa bersama En Tunang..Jauh perjalanan sampai ke bazar kampung baru..hehehe..Kenangan yang paling best kami berhujan mencari popia basah,pulut panggang, murtabak, dan nasi kerabu..hehehe..itupun jenuh dok pikir nak makan kat mana..Kami ni suka beli makanan di bazar je sebab ada mcm pilihan..tapi masalah untuk couple mcm kami susah la nk cr port nk berbuka..x kan la nak makan di kedai makan plak..paling kurang nk kena order nasi or minuman lain..dah membazir kat situ...dengan makanan dari bazar lagi

So dengan idea terbaik Miss N ni..hehehe..Miss N cadangkan kami berbuka di mana2 food court pasaraya..kat sana senang..xde sape nak kisah kita order makanan ke tak..1st trial kami berbuka di food court Tesco di selayang..En Tunang dah cuak..banyak kali dia kata "leh ke makan sini ma" "ada ke orang bawak tapau mcm kita ni" hehehehe..takut sangat..Miss N jawap jgn takut..customer is alright..hahahhaha

Rupanya tak sangka..ada gak yang mcm kami..tapi yang bezanya yang lain datang bersama famly..kalau berdua pun dorang order makanan di food court tu..so kami xde la rasa malu or jangkal berbuka mcm ni..hehehe...

Sebelum makan snap satu dulu..=D

Minggu depan food court mana plak jadi kunjungan kami..heheheh

Selamat berpuasa :)






Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan 2013

Assalamualaikum :)

1st Ramadhan dah hari ni..Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk ramadhan tahun ni..Awal2 dah x boleh puasa.period plak..baru niat nak terawih malam td..xde rezeki la tahun ni nak terawih malam pertama..InsyaAllah tahun depan ada lagi :)

Tahun ni gak InsyaAllah Miss N last puasa single..Tahun depan dengan suami plak..heheheh...

Sebak didada gak bila subuh tadi Miss N dapat msg ucapan selamat bersahur dari my housemate..Nani..Sedihnya..tahun ni kena makan sahur sorang2 la..bosan betul..huhuhu Rindu Nani..Muahh..semoga dia x sedih mcm aku gak kena sahur sorang2..hehehhe..

Ok lah..selamat menjalani ibadah puasa... =D








Thursday 4 July 2013

Selesai Sudah Urusan Booking Menbooking

Assalamualaikum ;)

Kita mulakan cerita dengan kecantikan warna pada bunga ni ~~~ =D

Oren...
 
Saja keluarkan mood dengan warni ni..hehehe..sebenarnya ni ada warna baju pengantin yang Miss N dan En Tunang pilih untuk majlis sebelah perempuan nanti..Surprise nanti ada dua pasang pengantin tau..Adik Miss N dengan pasangannya..Oren ni dah confirm! malas lagi nak balik kg nk cari warna lain..rasanya cukup dah geledah butik tu cari yang cantik...
 
Minggu lepas Miss N dengan En Tunang balik taiping..nak setelkan segala urusan booking homestay, photoghafer, dan pilih baju di butik pengantin.En Tunang biasa la..Cuak je..maklumla nak jumpa fmly Miss N kali kedua..huhuhu..
 
Ok..meh nak cita satu-satu...
 
HOMESTAY
 
En Tunang cakap dia nak 3 buah rumah..utk flmy,sedara dan kawan. So Miss N cari yang dekat dengan rumah dan juga 3 buah rumah tu mesti la dekat-dekat gak..senang dorang nak bergerak dan berkumpul. Homestay ni dekat taman Desa Jaya Kamunting..3 buah rumah ni xde la dekat sebelah2..cuma lain lorong je..boleh la kan...
 
Rumah Pertama, Depan Surau
 
Model tu owner rumah ye...
 
Bilik Utama, ada 1 Katil Kelamin dan 1 Katil Bujang, Bilik berhawa dingin
 
 Bilik 2
 
Bilik 3
 
Bilik 4
 
 
Ruang Tamu..Gambar blurr la plak
 
Rumah Ke-2
 
 
 
Rumah ni tak dapat masuk sebab kena plak hari ni ada orang sedang sewa..sama gak dengan rumah ke-3..Owner kata ada artis sewa .dorang ada shooting kat taiping...
 
Kadar Sewa : RM 160 sehari untuk satu rumah. huhuhu Miss N rasa tertipu gak la..sebab dalam blog harga lain2..tapi rupanya blog tu harga lama..lain kali pakcik update la blok..punah harapan :(
 
FITTING BAJU PENGANTIN
 
Lepas booked homestay, kami terus pergi ke butik pengantin..Bawak mak sekali untuk buat pilihan..butik ni dah lama booked cuma warna tema dengan baju je lum pilih lagi..Agak kecewa gak la sebab semua baju kat butik ni Miss N x berapa nak berkenan la..silap Miss N gak..booked dulu  bila tgok baju semua x lawa..Miss N pelik gak..rasanya kos butik ni cas gak mahal..tapi semua x up to date..So kami dah cuba mcm2 warna dan fesyen..ayat makcik tu senang je..bila Miss N pakai yang ni..dia kata"Erm adik pakai ni cantik" ..padahal En Tunang kata mcm kuda laut..hehehe...Kalau ikutkan nk complent memang banyak la..tapi sabar je la..dah booked kan..nak tarik balik rugi la rm3k. So akhirnya ambil pilihan ibu. katanya baju potong kebaya pendek warna oren dan putih la yang agak cantik dan sesuai dengan Miss N dan en Tunang...Kesian plak kat adik..dia pun x dapat nak pilih warna lain..terpaksa ambil warna coklat cair..

PHOTOGHAFER

Malam kul 9, kami keluar plak pergi Econsave jumpa kakak photoghafer. Kami jumpa dekat food court econsave..Pakej kat kakak ni memang murah la..dah banyak tgok kat ternet semua mahal..al maklumla Miss N ni mana la ada banyak bajet..Dah tengok semua album terus je setuju..Pilih nak design Album mana,kulit album mcm mana..terus bayar duit deposit RM 100...Cantik ke tak nanti x tau la..janji ada gambar kawen ku nanti..hehehe..

Selain urusan booking menbooking ni..abah pun dah dapat gak bayaran wang hantaran yang dijanjikan oleh  En Tunang :)
Mak Miss N puji betul En Tunang ni pandai simpan duit sampai banyak tu..hehehe..
Bila dah nampak duit tu baru la rasa sesuatu yg x penah lagi Miss N rasa..Miss N rasa dah nak kawen la..kali ni betul Miss N nak kawen..hehehe =D






 

Tuesday 2 July 2013

Makanan sihat bagi mereka yang selsema

 

Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda.

Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:
1. Ais krim batang
Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba.
2. Sandwich Turki
Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit.
3. Jus Sayur-sayuran
Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat.
4. Sup Ayam
Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus.
5. Bawang putih
Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat.
6. Halia
Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.
7. Roti Bakar
Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda.
8. Pisang
Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar.
9. Teh Panas
Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba.
10. Minuman Gantian Hidangan
Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.