Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Monday 31 December 2012

Selamat tinggal 2012..and Welcome 2013

Assalamualaikum :)

Hari ni dah last day kan kita di tahun 2012..Esok cuti..Yeahh..huhuhu..Hidup perlu diteruskan..yang lama dijadikan pengajaran untuk kita terus maju  ke hadapan..

Bagi diri Miss N tahun 2012 memang banyak kenangan terindah and sweet gitu..mana taknya..tahun ni la Miss N berjumpa dengan En Tunang pastu  En Tunang melamar Miss N dan kami bertunang...hampir2 Miss N nak kehilangan En tunang ni di atas keegoannya..huhuhu..nanti Miss N cerita kat entry lain "how we meet"...=D

Dan yang dinanti sangat tahun 2013 ni la..InsyaAllah kami akan disatukan..Amin...Diharap tahun 2013, segala apa yang kami rancang dipermudahkan oleh-Nya..Aminn..

Penutup tahun 2012 ni Miss terima masej dari Queen Jameela...Miss N berjaya menjadi 50 penghantar sms pertama untuk menerima shawl dan mini kalender..terima kasih Queen Jameela..tak sabar nak mengayakan shawl dari dorang..mana la tau leh jadi model Queen Jameela plak tahun 2013 nanti..hehehhe..

So malam ni nak tgok bunga api ngan En Tunang...sebelum keluar rumah baca yassin dulu =D



 
 
 
 
 

Thursday 27 December 2012

Mana lagi la nak cari ni

Salam...:)

Dah lama x update blog..mcm dah berhabuk la ckit..huh.huh.tgok ada habuk kan...=D

Ingat lagi tak entry ni Baru Tau ...sampai hari ni Miss N x dapat cari benda alah ni...

En Tunang sampai tanye banyak kali untuk apa benda tu..ingat nak rahsia kat dia..tapi x boleh la..sebab time cari benda tu, time tu la keluar dengan dia kan..so nak tak nak kena bagi tau la nak buat apa dengan benda tu..bila En Tunang dapat tau dia plak semangat nak mencari..hehehhe..suka la tu..

Setakat ni banyak kedai dah cari..penah cari kat Jusco..,Sped Mart..,Kedai 99...,Kedai Sebaneka...yang terbaru kedai MR D.I.Y...pun xde gak..urm...:(

Minggu ni nak teruskan usaha mencari lagi...sape tau kat mana jual benda ni bagi tau ye...rasa benda ni murah je..x sampai pun rm2 kot.. =D












Thursday 20 December 2012

Nisasufi Wedding Checklist

Assalamualaikum :)


Baju Nikah Miss N - Done
Veil Nikah Miss N - Pending (Nak try DIY)
Tudung Nikah Miss N - Pending

Baju Nikah Mr S - Done
Samping Mr S - Done (Hantaran Bertunang)
Songkok Mr S - Done

Barang Hantaran Untuk Mr S  - Done
Barang Hantaran Untuk Miss N  - Done
Set Hantaran   - Done


Handbouqet - Done
Kasut - Done
Make up nikah - Done Book
Batal Nikah - Done

Baju Sanding - Done Book
Tudung Sanding - Done
Pelamin - Done Book
Meja makan beradap - Done Book
Photographer - Done Book
Kek Kahwin - Pending
Make up sanding - Done Book
Handbouquet - Done
Kasut & aksesori - Done

Bunga pahar - Done tak jadi nk DYI..beli je..hahahha
Bunga Mangga + Anak panah - Pending
Beg goodies - Done
Goodies - Done

Kad Kahwin - Done
Setem pos Kad kahwin - Done
Tg tag - Done

Kursus Kahwin - Done
HIV Test - Done       Lihat kat sini  HIV
Borang JAIS - Done
Borang JAIP - Done

Tempah Tok Kadi - Pending (By Abah)

Dewan & Makanan - Done (By Abah)
Audio - Done Book 

Penginapan Rombongan Mr S - Done Book

Extra....

Asid Folik - Done tp stop makan sebab asyik pening kepala je
Mandi Susu/bunga - Pending (kalau ada extra bajet..huhuhu..)
Pakej Honeymoon - Pending (kalau ada extra bajet..huhuhu..)


Last Update 21/10/2013




 



 

 

Tuesday 18 December 2012

baru tau...

Salam :)




 
 
Miss N nak cari acuan ni la..ada sesuatu yang Miss N nak buat...hehehehe...
 
Special untuk...shuhhhhh...(rahsia)
 
1st trial ni..hope menjadi =D
 
 
 
 
 

Our first Special Dinner After Engagement

Salam :)

16/11/12 ~ Suatu pagi di warung roti canai....

"Pa nanti leh tak emailkan gambar steak malam tadi "

"Ma nak buat apa?"

"Saje nak simpan buat kenangan...tu kan 1st special dinner kita lepas bertunang"

"Nak masuk dalam blog la tu"

"hehehehehe"

"Erm bila baca blog ma ni kadang2 kelakar gak..boleh ketawa sorang2.Amik la..tag je dlm fb."

Yeah..sambil laju je tangan ni mencapai Blackberry En Tunang...
 





Ni semestinya pilihan Miss N

Special  Beef Steak Grilled 
 
dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti
 
 
 
 
 
 
Dan ini semestinya pilihan En Tunang..Raja segala ayam
 
Special Chicken Chop (Grill)
 
dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti 
 
 
 
 Nak tau kami dinner kat mana malam tu....
 
 
 
 
 
 Fiske Steakhouse
 
 
 
Memang ramai gila org makan kat sini..sampai berpusing la kami mencari tempat nak duduk..at last kena berdiri gak tunggu org lain habis makan..berebut gak le..hehehe..kesian kat akak tu menjadi mangsa perebutan Miss N..last akak tu dapat kat tempat lagi special..ada aircond...xpe bagi org yang smoking mcm En Tunang ni..huhuhu
 
 
Bagi korang yang dah habis port nak makan steak try la dtg kat sini..banyak lagi menu lain..Asam pedas pun ada!!..nasib baik kami ni tak tamak..kalau dah order asam pedas tu.. =D
 
 
Alamat
No. K4, Medan Selera AU2
Taman Desa Keramat
Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation 
Koordinat GPS : 3°10'37"N 101°45'10"E
Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Monday 17 December 2012

Org jual ayam ko pun nak jual ayam..tp timbang ikut kepala hotak ko je!!!

Salam :)

Pangjangnya tajuk..dari tajuk pun dah tau Miss N ni tengah marah..walaupun ini cita dah berlaku hari sabtu yang lepas..

Tapi Miss N geram sampai hari ni..

Nak jadi cita bangun je pagi2 Miss N teringin nak makan ayam masak sos tiram..Miss N plan ada 3 tempat pilihan nak beli ayam ni..pertama kat kedai bawah umah..erm paling dekat tapi segar ke ayam kat kedai bawah ni?? erm selalu ayam kat bawah ni mahal gak..so pikir ke plan ke-2, pasar pagi kat taman medan..tp Miss N kurang pasti ada ke hari sabtu..hari ahad memang ada..nak try tgok tapi malas plak nak patah balik kalau pasar kat situ x buka hari sabtu..so plan terakhir Miss N pergi ke pasar basah dekat subang..kat situ confirm ayamnya baru2 lagi...

Dengan semangatnya Miss N bersama white viva menuju ke pasar tu..

Bila dah sampai masalah plak nak beli kat pakcik yang mana eak..erm..amik pakcik yang 1st dari pintu masuk la..pakcik ni nampak alim..

"Saya nak ayam yang ini sebelah" sambil menunjuk kepada seekor ayam yang berada di depan pakcik tu

Pakcik tu pun amik seekor ayam tu dan terus letak di atas penimbang...

Miss N rasa pelik kat situ..

Pakcik tu terus amik calculator sambil berkata..

"Sekor RM 14.60 bahagi dua RM 7.30"

"Pakcik.. bukan ke belah kepada dua dulu baru timbang"

"Sama je kan bila bahagi dua mcm ni..kamu boleh pilih yang mana nak"

"Apa plak pakcik? Selalu org belah dulu baru timbang and potong..tak adil mcm ni"

"Tak boleh mcm tu..lagipun sama je kan kalau bahagi dua macam ni ..harga sekor rm14.60 jadi bila bahagi dua RM 7.30..sepatutnya kena cas lebih lagi ni sebab amik sebelah dari ayam ni ...hati ayam ngan pedal ni pakcik bagi free je.." (kata pakcik tu lagi)

Dalam hati "free?? memang ar!!! dah ko timbang sekor sekali dengan dalaman ayam tu!!!"

Miss N terpaksa merelakan juga sebab malas nak bertengkar ngan pakcik tu..tapi dalam hati Miss N berdoa semoga Allah merahmati pakcik ni...

Tak penah la seumur hidup Miss N bila beli ayam sebelah dikira mcm ni...mana undang2 la pakcik ni belajar..mana kelas potong ayam la pakcik ni amik...sabar je Miss N..

Bila dah mcm ni memang semesti dan pastinya Miss N x kan beli lagi ayam dekat pakcik tu..biar ni la pertama dan terakhir..



Cik Angry

Salam :)

Ingat Ain Hawani (watak cita adam n hawa) je ada Cik Ted.....


Cik Ted pemberian dari  En Adam
 
 

Miss N ada gak la...Cik Angry...



Cik Angry pemberian dari En Sufi
 
 
Cik Angry ni la peneman tido malam..dan juga magsa keganasan Miss N..hehehehe =D
 
Kalau dapat lastik besar pun ok gak =D
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 13 December 2012

Bekas Hantaran Untuk Disewa

 
Assalamualaikum :)

Pengumuman! Bekas hantaran untuk disewa!

Miss N ada 1 set = 7 bekas untuk disewa...
Kalau tak mahu sewa 1 set anda boleh sewa sebanyak mana yang anda mahu, 1, 2, 3 atau 4 ke..
Dah siap digubah dan sangat cantik, untuk hanya RM15.00 sebuah...
Berminat boleh PM Miss N di :-

Email : nisa_pjb@yahoo.com
Call / Wechat / WhatsApp : 0126018964

atau tinggalkan komen anda di post ini!

Bekas2 ni boleh di pick-up di Petaling Jaya/Puchong. Berikut adalah keterangan lanjut tentang bekas hantaran ni.

Warna Tema Yang Sesuai Dengan Set Ini : Pink, Peach, Purple,White.
Kelebihan : Telah siap digubah hanya tinggal masukkan barang hantaran dah terus letak di atas dulang
Bentuk: Setiap satu bekas mempunyai lain design (kecuali bekas B and bekas D mempunyai design yang sama)
FOC: BEKAS H (jika sewa 7 bekas ) (sangat sesuai untuk kek Secret Recipe)

Tempoh sewa: 10 hari dari tarikh diposkan

Deposit keselamatan: RM 50 (tidak termasuk harga sewa bekas, akan dipulangkan sekiranya barang tiada kerosakan)



Gambar boleh tengok di bawah ni....






BEKAS A



  
BEKAS B

  
 

 
BEKAS C




BEKAS D

 
  
BEKAS E
 
 
 
BEKAS F
 
 
 
BEKAS G
 
 
 
  
BEKAS H
(FOC tertaluk kepada terma dan syarat)
 

 
 Nak sewa bekas bunga pahar?? boleh ke link ni Pasu Bunga Pahar
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday 12 December 2012

Sayur Cinta Hati

Salam :)

Sayanggg...kat En Tunang...

Nasib baik la semalam hari cuti umum Keputeraan Sultan Selangor kebetulan Miss N dengan En Tunang dua2 bangun awal. Miss N x boleh tido sebab kul 5.30 pagi terjaga dapat mimpi yang menakutkan..terus msg En Tunang..Tiba2 dia terus call..rupanya dia dah bangun kul 5 tadi sebab bertapa dalam toilet..hehehe..patut la..kalau tak En Tunang ni mana nak sedar dah msg Miss N ni..Kul 6 dia msg ckap lapar..huhuhu..mana taknya perut dah kosong kot..So kitaorg diside nak break1st roti canai dekat Taman Medan..

Pergh roti canai sini memang sedap la..Miss N kalau dtg sini x sah kalau x order 2 keping..En Tunang order roti sardin + roti kosong..Miss N plak roti telur + roti kosong..Menkedarah betul kan hehehe =D

Balik rumah..keluarkan semua dari plastik..and Miss N dapat semua ini dari En Tunang... =D

 
En Tunang beli semua ni sebelum jemput Miss N break1st. Patut la Miss N tunggu lama..Dia memang dah plan nak belikan sayur untuk Miss N sebab katanya kesian kat Miss N ni asyik makan telur je..huhuhu...Miss N ingat sayur je..tak sangka siap dengan rencah2 untuk masak sayur ni..Mesti pandai En Tunang ni masak sayurkan..hehehe
 
So minggu ni menu malam Miss N semuanya mesti ada sayur ni..
 
And 1st sayur yang Miss N masak malam tadi...
 
 
 
Tarra...
 
 
Tumis Sayur Bayam  =D
 
*Nota kaki - banyak makan sayur bagus untuk kesihatan dan diet harian..
 
Hope minggu ni turun la dalam 5kg ke..hehehhe =D
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

Salam ;)

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Mudah kan??
Tak sabar nak menjadi seorang Isteri kepada seorang suami (@-@)
 
=D





Monday 10 December 2012

Untukmu VIVA

Salam :)



 
Summary calculation from MYEG dah keluar..Miss N tak minta pun dah keluar sendiri..hehehe bagi peringatan la tu..
Erm..expired awal bulan 2 ni..duit simpanan dah plak dah nak kering..nampaknye tuan punya viva ni kena makan biskut kering la hari2... =(
 
 
 
 
 
 
 

Resepi karipap burger

Salam :)
 

Company sebelah buat renovation, bising gila..memang hilang fokus la nak buat kerja..ingat nak siapkan draft final doc..so sementara nak kembalikan balik fokus bekerja Miss N nak share la resepi KARIPAP BURGER...hehehe..
Ni resepi ciptaan Miss N sendiri tau..disebabkan dalam peti saji misteri Miss N tak ada  ayam atau daging tapi yang ada cuma daging burger so terhasil la resepi ni..

KARIPAP BURGER

1stly kena la siapkan dulu inti karipapnya =D

Bahan-bahan

Inti karipap

- 2 ketul daging burger ayam Ramly (dipotong dadu) (di goreng sekejap supaya x hancur)
- 4 biji Ubi kentang ( dipotong dadu)
- 2 biji bawang besar (  dimayang )
* 2 biji bawang kecil
* 1 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
-  1 peket rempah kari daging
- 2 sudu serbuk cili
- 1 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 1 ketul pati ayam

bahan bertanda * perlu dikisar

Ok..kita mulakan dengan panaskan  sedikit minyak tumiskan bahan yang dikisar, daun kari dah buah pelaga sehingga naik wangi.

Pastu masukkan rempah kari dan serbuk cili dan masak sehingga naik minyak tau..jgn ekau plak naik minyak..hehehhe

Then masukkan ubi kentang tambahkan air..masak sehingga kentang tu lembut..pasti kan lembut tau kalau tak mesti dapat comment..Mcm Miss N dulu dah kena comment ngan En Tunang karipap yang Miss N buatkan untuk dia kentang tak masak sangat..hehehhe..sory ye En Tunang..time tu 1st time tau buat karipap sendiri.. sebelum ni tau makan yang mak buat je =D

Ok bila kentang dah masak baru masukkan daging burger, bawang besar, pati ayam...and  teruskan masak sehingga kering..*kalau letak pati ayam tak payah lagi nak gatai2 pakai garam..sebab tu pun dah cukup masin..

Dah siap tu baru la boleh buat dohnya...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
Air campur ngan sedikit garam             
2/3 sudu marjerin/mentega

Tepung dan marjerin digaul sehingga menjadi sebati dan berderai.
 
Kemudian masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit(jangan terlalu banyak, nanti adunan tersebut lembik)  

Bila adunan tersebut sebati dan tidak melekat kat jari baru la boleh dicanai..ikut la korang nak besar mana karipap tu ye..

Akhir sekali masukkan inti tadi..pastu kelimkan bahagian tepi..pandai2 la korang eak..asalkan intinya tak keluar bila digoreng nanti.

Bila dah siap digoreng ni la hasilnya...

 
Kalau rupa x cantik abaikan je..janji rasanya tetap sedap =D

Miss N buat banyak2 pastu frozenkan..pagi2 sebelum pi keje amik masa sikit untuk goreng..x sempat makan tapau bawak office..sesuai di makan di mana2 sahaja...huhuhu








Friday 7 December 2012

Review Baju Bertunang...

Salam :)

Saje wat entry ni untuk tatapan anak dan cucu nanti..hehehe InsyaAllah...


Sebelum Miss N nak beli baju untuk bertunang ni mcm2 warna dalam kepala otak..mula2 biru pastel..tak jadi sebab sepupu dah amik warna tu..tukar plan nak warna kuning pastel..x jadi jugak sebab hantaran dah warna pink..so warni ni la menjadi pilihan Miss N..


 
Pink ke Peach?
 
Entah la..tgok dari dekat pink..bila tgok dari jauh mcm Peach...(@-@) buta warna kejap..hehehehe.Yang pastinya ni warna pastel..tercapai gak impian nak mengayakan warna pastel untuk majlis tunang tu..
 
Ini adalah baju kurung moden.Miss N beli kat Care4 Wangsa Maju.Time tu Mr S menjadi bodyguard Miss N...bila beli mesti la tanye pendapat Mr S..bila dia kata OK..baru la Miss N beli sbb dia juga yang akan pandang kita nanti...
Miss N tambah lagi beading dekat bahagian lengan..saje nak bagi nampak lagi grand...kalau boleh nak penuhkan satu badan dengan beading..cuma Miss N ni tak cretip je..Baju ni murah je RM150 + Beading RM30..
 
 
 
Untuk tudung plak Miss N memang plan nak pakai tudung ala2 Makcik Siti sebab sebelum ni x pernah pun ada tudung mcm ni..bagi Miss N tudung ni ala2 mcm mak2 datin la..Alhamdullah Miss N cari kat satu tempat je di Jalan TAR dapatlah tudung yang Miss N idamkan..
 
 
 
 
Memang kena la dengan color baju tunang tadi..kebetulan tudung ni tinggal satu je..tu pun patung kepala botak yg sedang mengayakan..hehehhe
Tanye lagi Mr S "ok tak tudung ni?" "ok..sesuai sangat dengan baju...simple tapi cantik"..Miss N pun terus ckap "ok kak saya nak yang ni :)))))" meleret senyum time tu sebab dah dapat tudung yang sesuai...
Miss N tambah lagi beading crystal kat bahagian tepi tudung tu..nak bagi nampak grand lagi..
 
Kosnya - Auwning RM23 + Tudung Sik RM45 + Beads crystal RM10
 

*abaikan gambar kabur dibahagian pipi kerana ada masalah teknikal pada camera...
 
Hasilnya....
 
Erm sekali lagi xde gambar penuh sampai ke kaki...
 
 
 
 
 


Wednesday 5 December 2012

Kami Dah Bertunang

Salam :)

Lepas bertunang hari sabtu kami tak berkesempatan nak berjumpa..Semalam petang dapat msg dari En Tunang yang dia akan amik Miss N kul 6.30 ptg kat rumah lepas Miss N balik dari kerja..Alasan dia nak temankan Miss N beli barang dapur..Sebenarnya Miss N plan nak beli barang tu hujung minggu..tp dah En Tunang nak bawakkan semalam kira langkah kanan la..jimat la duit minyak kete Miss N..hehehe

Kiranya pertama kalinya kami keluar sebagai tunang adalah di Tesco Puchong..heheh..kelakar pun ada..Aktivitinya ialah membeli belah... =D

Sampai kat Tesco kul 7.30..Kami solat dulu kat surau Tesco sebelum memulakan operasi shopping..

Ambil troli tolak sama pergi ke satu department ke department lain..Time tu rasa gembira sangat sebab yang berada kat sebelah Miss N skrg ni ialah tunang Miss N..Eh mcm mimpi je rasanya..bukan x penah sebelum ni dia temankan Miss beli barang..tapi malam tadi rasa mcm hari istimewa la..Maklum la dia tunang Miss N dan keluar kali ni Miss N pakai cincin dijari..hehehe..bangga kejap..poyos je..huhuhu

Punya la syok berangan bila time nak bayar..amik kau RM94.45..mybe org lain tgok nilainya agak murah tapi selalu Miss N spend RM 50 je tiap bulan..Ni baru barangan peribadi Miss N je..belum beli barang basah lagi..kebetulan malam tu ikan sayur semua dah mcm nak mampus..huhuhu..so Miss tak jadi nak beli..

Lepas shoping kami pi makan kat port biasa kami di Lokas Makona..Puchong Perdana..Kami order nasi lemak ayam berempah..sedap..tp pedas ckit..Time makan Miss N sempat lagi sambung berangan..hehehe..

Balik rumah termenung jap..apa ye aku beli tadi..erm ye la Libress (Triple pack),Shampoo Pantene (Botol besar),Darlie(paling besar gak) lagi..bla..bla.bla..

Terus terlena zzzzz....

=D





Tuesday 4 December 2012

Masjis Pertunangan NisaSufi Part II

Salam :)

Sambungan dari Entry ni  =D

Meh layan picture sekitar majlis ni....


Hantaran dari pihak perempuan :-

Tafsir Al-Quran Karim
 
 
 
 
Chocolate Beryl's
 
 
T-shirt
 
 
 
Kain baju melayu dan sampin
 
*Gubahan bunga ni Miss N dengan adik bongsu Miss N yang gubah tau..ni la 1st hasil tangan dari Miss N sendiri..hehehhe
 
 
 
Buah-buahan
 
 
 
Tepak Sirih
 
*Abaikan ultraman tu..hehehe
 
 
 
 
Kek Secret Receipe
 
 
 
Chocolate pemberian dari Mak lang
 
*Thanks Mak Lang
 
 
 
My sister tengah buat finishing..nak bagi sedondon..muka x nampak sebab belum mandi lagi..hehheheh
 
 
 
 
 
 
Antara yang hadir...
 
 
 
 
Bapa sedara sebelah Ibu
 
*Kanan - Pak Lang
*Tengah - Pak Andak
*Kiri - Pak Tam
 
 
 
Mak sedara, Makcik jiran dan Nenek
 
My lovely mom...

Umbrella gurlz
 
*Tengah tunggu rombongan sampai..nak tolong payungkan sebab hari hujan lebat...
* Baju pink tu adik bongsu..'Ain'..dia la yang bantu Miss N gubah gubahan kain tu
 
 
 
Tarra...dah siap makeup...Cantik tak make up?? nak tau sape makandamnya...
 
 
 
 
Ni la mak andamnye..eh bukan Cik andam..My younger sister..Cik Mun
 
*Thanks ye Cik Mun
 
 
Tengah berbincang berjuta nak letak wang hantaran ni..hehehh
 
Yang tengah ni Pak Teh sebelah abah..sebagai jurucakap...
Berbaju melayu biru tu My Dad
Berkemeja kotak2 tu la bakal bapak mertua...
 
 
Rombongan pihak lelaki
 
 
Tengok tu ramai tak jurucamera yang bertauliah..hehehhe
 
Makan time...
 
 
 
Time ni nak salin tepak sirih..tak tau nak buat mcm mana..so serahkan kepada org tua yang berpengalaman
 
 
ni la hasilnya tepak sirih yang sudah ditukar ganti
 
 
 
 
Hantaran dari pihak lelaki
 
 
Possing dengan hantaran with my sister (kak ngah)
 
Extra picture....
 
 
 Eh ada pizza la..Dominos pizza sponser by Cik Mun...thanks sekali lagi..
 
 
 
 
Time potong kek..
 
 
 
 
Lepas potong kek terus shoot pi Kedah..hantar adik lelaki pi balik Matrik..dengan pakai baju bertunang tu dah x sempat nak salin baju..nak jugak ikut sebab time ni la nak tgok tempat dia belajar..
 
 
Ni la adik lelaki sowang..nasib baik dia mau balik..leh la harap pasangkan langsir...
 
 
Cuma yang xde gambar kak sulong miss N je..dia x dapat balik kampung sebab husband dia x dapat cuti..
 
 
Gambar En Tunang???
 
huhuhu..atas permintaan En Tunang gambar dia x dapat disiarkan..baru la surprize time kawen nanti =D