16/11/12 ~ Suatu pagi di warung roti canai....
"Pa nanti leh tak emailkan gambar steak malam tadi "
"Ma nak buat apa?"
"Saje nak simpan buat kenangan...tu kan 1st special dinner kita lepas bertunang"
"Nak masuk dalam blog la tu"
"hehehehehe"
"Erm bila baca blog ma ni kadang2 kelakar gak..boleh ketawa sorang2.Amik la..tag je dlm fb."
Yeah..sambil laju je tangan ni mencapai Blackberry En Tunang...
Ni semestinya pilihan Miss N
Special Beef Steak Grilled
dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh
Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti
Dan ini semestinya pilihan En Tunang..Raja segala ayam
Special Chicken Chop (Grill)
dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti
Nak tau kami dinner kat mana malam tu....
Fiske Steakhouse
Memang ramai gila org makan kat sini..sampai berpusing la kami mencari tempat nak duduk..at last kena berdiri gak tunggu org lain habis makan..berebut gak le..hehehe..kesian kat akak tu menjadi mangsa perebutan Miss N..last akak tu dapat kat tempat lagi special..ada aircond...xpe bagi org yang smoking mcm En Tunang ni..huhuhu
Bagi korang yang dah habis port nak makan steak try la dtg kat sini..banyak lagi menu lain..Asam pedas pun ada!!..nasib baik kami ni tak tamak..kalau dah order asam pedas tu.. =D
Alamat
No. K4, Medan Selera AU2
Taman Desa Keramat
Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation
Koordinat GPS : 3°10'37"N 101°45'10"E
Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah
malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)
No comments:
Post a Comment