Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Monday 10 December 2012

Resepi karipap burger

Salam :)
 

Company sebelah buat renovation, bising gila..memang hilang fokus la nak buat kerja..ingat nak siapkan draft final doc..so sementara nak kembalikan balik fokus bekerja Miss N nak share la resepi KARIPAP BURGER...hehehe..
Ni resepi ciptaan Miss N sendiri tau..disebabkan dalam peti saji misteri Miss N tak ada  ayam atau daging tapi yang ada cuma daging burger so terhasil la resepi ni..

KARIPAP BURGER

1stly kena la siapkan dulu inti karipapnya =D

Bahan-bahan

Inti karipap

- 2 ketul daging burger ayam Ramly (dipotong dadu) (di goreng sekejap supaya x hancur)
- 4 biji Ubi kentang ( dipotong dadu)
- 2 biji bawang besar (  dimayang )
* 2 biji bawang kecil
* 1 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
-  1 peket rempah kari daging
- 2 sudu serbuk cili
- 1 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 1 ketul pati ayam

bahan bertanda * perlu dikisar

Ok..kita mulakan dengan panaskan  sedikit minyak tumiskan bahan yang dikisar, daun kari dah buah pelaga sehingga naik wangi.

Pastu masukkan rempah kari dan serbuk cili dan masak sehingga naik minyak tau..jgn ekau plak naik minyak..hehehhe

Then masukkan ubi kentang tambahkan air..masak sehingga kentang tu lembut..pasti kan lembut tau kalau tak mesti dapat comment..Mcm Miss N dulu dah kena comment ngan En Tunang karipap yang Miss N buatkan untuk dia kentang tak masak sangat..hehehhe..sory ye En Tunang..time tu 1st time tau buat karipap sendiri.. sebelum ni tau makan yang mak buat je =D

Ok bila kentang dah masak baru masukkan daging burger, bawang besar, pati ayam...and  teruskan masak sehingga kering..*kalau letak pati ayam tak payah lagi nak gatai2 pakai garam..sebab tu pun dah cukup masin..

Dah siap tu baru la boleh buat dohnya...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
Air campur ngan sedikit garam             
2/3 sudu marjerin/mentega

Tepung dan marjerin digaul sehingga menjadi sebati dan berderai.
 
Kemudian masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit(jangan terlalu banyak, nanti adunan tersebut lembik)  

Bila adunan tersebut sebati dan tidak melekat kat jari baru la boleh dicanai..ikut la korang nak besar mana karipap tu ye..

Akhir sekali masukkan inti tadi..pastu kelimkan bahagian tepi..pandai2 la korang eak..asalkan intinya tak keluar bila digoreng nanti.

Bila dah siap digoreng ni la hasilnya...

 
Kalau rupa x cantik abaikan je..janji rasanya tetap sedap =D

Miss N buat banyak2 pastu frozenkan..pagi2 sebelum pi keje amik masa sikit untuk goreng..x sempat makan tapau bawak office..sesuai di makan di mana2 sahaja...huhuhu








No comments:

Post a Comment