Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan 2013

Assalamualaikum :)

1st Ramadhan dah hari ni..Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk ramadhan tahun ni..Awal2 dah x boleh puasa.period plak..baru niat nak terawih malam td..xde rezeki la tahun ni nak terawih malam pertama..InsyaAllah tahun depan ada lagi :)

Tahun ni gak InsyaAllah Miss N last puasa single..Tahun depan dengan suami plak..heheheh...

Sebak didada gak bila subuh tadi Miss N dapat msg ucapan selamat bersahur dari my housemate..Nani..Sedihnya..tahun ni kena makan sahur sorang2 la..bosan betul..huhuhu Rindu Nani..Muahh..semoga dia x sedih mcm aku gak kena sahur sorang2..hehehhe..

Ok lah..selamat menjalani ibadah puasa... =D








Thursday, 4 July 2013

Selesai Sudah Urusan Booking Menbooking

Assalamualaikum ;)

Kita mulakan cerita dengan kecantikan warna pada bunga ni ~~~ =D

Oren...
 
Saja keluarkan mood dengan warni ni..hehehe..sebenarnya ni ada warna baju pengantin yang Miss N dan En Tunang pilih untuk majlis sebelah perempuan nanti..Surprise nanti ada dua pasang pengantin tau..Adik Miss N dengan pasangannya..Oren ni dah confirm! malas lagi nak balik kg nk cari warna lain..rasanya cukup dah geledah butik tu cari yang cantik...
 
Minggu lepas Miss N dengan En Tunang balik taiping..nak setelkan segala urusan booking homestay, photoghafer, dan pilih baju di butik pengantin.En Tunang biasa la..Cuak je..maklumla nak jumpa fmly Miss N kali kedua..huhuhu..
 
Ok..meh nak cita satu-satu...
 
HOMESTAY
 
En Tunang cakap dia nak 3 buah rumah..utk flmy,sedara dan kawan. So Miss N cari yang dekat dengan rumah dan juga 3 buah rumah tu mesti la dekat-dekat gak..senang dorang nak bergerak dan berkumpul. Homestay ni dekat taman Desa Jaya Kamunting..3 buah rumah ni xde la dekat sebelah2..cuma lain lorong je..boleh la kan...
 
Rumah Pertama, Depan Surau
 
Model tu owner rumah ye...
 
Bilik Utama, ada 1 Katil Kelamin dan 1 Katil Bujang, Bilik berhawa dingin
 
 Bilik 2
 
Bilik 3
 
Bilik 4
 
 
Ruang Tamu..Gambar blurr la plak
 
Rumah Ke-2
 
 
 
Rumah ni tak dapat masuk sebab kena plak hari ni ada orang sedang sewa..sama gak dengan rumah ke-3..Owner kata ada artis sewa .dorang ada shooting kat taiping...
 
Kadar Sewa : RM 160 sehari untuk satu rumah. huhuhu Miss N rasa tertipu gak la..sebab dalam blog harga lain2..tapi rupanya blog tu harga lama..lain kali pakcik update la blok..punah harapan :(
 
FITTING BAJU PENGANTIN
 
Lepas booked homestay, kami terus pergi ke butik pengantin..Bawak mak sekali untuk buat pilihan..butik ni dah lama booked cuma warna tema dengan baju je lum pilih lagi..Agak kecewa gak la sebab semua baju kat butik ni Miss N x berapa nak berkenan la..silap Miss N gak..booked dulu  bila tgok baju semua x lawa..Miss N pelik gak..rasanya kos butik ni cas gak mahal..tapi semua x up to date..So kami dah cuba mcm2 warna dan fesyen..ayat makcik tu senang je..bila Miss N pakai yang ni..dia kata"Erm adik pakai ni cantik" ..padahal En Tunang kata mcm kuda laut..hehehe...Kalau ikutkan nk complent memang banyak la..tapi sabar je la..dah booked kan..nak tarik balik rugi la rm3k. So akhirnya ambil pilihan ibu. katanya baju potong kebaya pendek warna oren dan putih la yang agak cantik dan sesuai dengan Miss N dan en Tunang...Kesian plak kat adik..dia pun x dapat nak pilih warna lain..terpaksa ambil warna coklat cair..

PHOTOGHAFER

Malam kul 9, kami keluar plak pergi Econsave jumpa kakak photoghafer. Kami jumpa dekat food court econsave..Pakej kat kakak ni memang murah la..dah banyak tgok kat ternet semua mahal..al maklumla Miss N ni mana la ada banyak bajet..Dah tengok semua album terus je setuju..Pilih nak design Album mana,kulit album mcm mana..terus bayar duit deposit RM 100...Cantik ke tak nanti x tau la..janji ada gambar kawen ku nanti..hehehe..

Selain urusan booking menbooking ni..abah pun dah dapat gak bayaran wang hantaran yang dijanjikan oleh  En Tunang :)
Mak Miss N puji betul En Tunang ni pandai simpan duit sampai banyak tu..hehehe..
Bila dah nampak duit tu baru la rasa sesuatu yg x penah lagi Miss N rasa..Miss N rasa dah nak kawen la..kali ni betul Miss N nak kawen..hehehe =D






 

Tuesday, 2 July 2013

Makanan sihat bagi mereka yang selsema

 

Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda.

Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:
1. Ais krim batang
Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba.
2. Sandwich Turki
Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit.
3. Jus Sayur-sayuran
Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat.
4. Sup Ayam
Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus.
5. Bawang putih
Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat.
6. Halia
Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.
7. Roti Bakar
Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda.
8. Pisang
Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar.
9. Teh Panas
Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba.
10. Minuman Gantian Hidangan
Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.

Tuesday, 18 June 2013

Dress Labuh...inginku milikinya

Assalamualaikum :)

 
Cantik tak dress kat atas ni ??...Miss N dah lama teringin nak beli satu..berangan nak pakai time honeymoon nanti..hehehe..berjalan2 dengan suami..sambil bergambar dengan dress ni..=D

Nak order skrg rasa belum mampu lagi..banyak lagi urusan perkahwinan belum setel..semua memerlukan duit..Walaupun harganya masih di bawah RM100..Duit..Oh Duit...

Dua2 warna cantik....:)

Bestnya lah kalau impian senang tercapai..:(



Friday, 14 June 2013

Penangan Bendera Merah :P

Assalamualaikum :)

Kalau yang perempuan mesti tahu apa itu bendera merah..semesti ada pada setiap bulan..hehehe..Period la..tak tau plak..hahaha..

Kalau benda ni datang mcm2 horman badan kita bertukar..kadang kita sendiri tak tahu apa puncanya..Salah satunya sifat kemarahan..Miss N sendiri banyak kali mengalaminya..tak kira la 2 atau 3 hari sebelum nak datang atau tengah datang benda ni..ada je benda nak marah..hal kecik pun rasa tetap x puas hati...ada seorang yang Miss N perasan berlaku pada En Tunang..tak tahu la horman ni boleh berjangkit ke tak..hehehe..if  Miss N nk datang bulan or tengah dtg bulan, En Tunang plak asyik nak marah je..ada je yang tak kena..kita ni semestinya ada rasa nak marah..dia pun nak juga..erm sabar je la..

Malam tadi lagi Miss N rasa mcm nak gila..dengan sakit perut + sakit pinggang yang teramat..tergolek sana x kena..golek kat sini tak kena..Time2 mcm ni la Miss N rasa nak bermanja2 and nak mengadu kesakitan kat En Tunang..Bila msg En Tunang, dia plak lambat je reply msg..mcm2 Miss N hantar msg kat dia..Miss N mcm nk marah En Tunang sebab reply lambat..call tak jawap2..Last bengang terus off hp..kononnya nk merajuk la..terus tertido..sedar kul 12 mlm Miss N bukak hp..dapat miss call dari En Tunang sekali ngan msg..En Tunang kata hp dia cas dlm bilik, and time tu dia mandi..Satu lagi msg dari En Tunang " kata tadi dah nak tido..ni membebel plak.." Eh? Miss N plak yang kena..hahaha..memang pun Miss N ckap dah nak tido..tapi tu sebelum sakit perut la..bila nk tido datang la plak sakit perut ni..tu yang x leh nak tido..huhuhu...Miss N paham En Tunang baru balik kerja..nak rehat, nak makan, nak mandi..Sebab tu la dia reply lambat msg dari Miss N..Miss N ni plak hari lain leh je paham kedaan En Tunang...tp bila time dtg period memang susah nak paham...mcm ada satu kuasa yang telah mengawal kita punya emosi..huhuhu...

Inilah yang dikatakan penangan wanita yang period :P

Bagi lelaki-lelaki di luar sana..tolong la ambil masa sikit untuk melayan kerenah wanita yang dalam period ni..tak lama pun..sebulan sekali la..if berjangkit gak dengan emosi wanita tu..erm..tak tau la nak kata apa...hahahah =D




Friday, 7 June 2013

Kami (Negatif) HIV :)

Assalamualaikum :)

Second step untuk  proses perkahwinan Nisasufi...HIV test! ataupun Ujian Saringan HIV......Done!..
Semalam pukul 3ptg Miss N dan En Tunang sama-sama pergi buat HIV test..kami amik test ni kat Klinik kerajaan taman Dato Harun..Sebelum tu kena booked dulu tau! Jangan main redah je dtg..kang tak pasal org klinik suruh balik...

Booked hari isnin lepas..lari kejap time lunch hour pi klinik tu..daftar untuk dua orang...masa daftar tu staff klinik tu pesan suruh bawak borang sendiri mengikut alamat daftar perkahwinan..mcm Miss N nikah kat perak kena guna perak..ok..balik je office terus suft internet cari borang HIV negeri perak..x jumpa!..aduh mcm ni..x boleh kawen la mcm ni..hati dah risau..huhuhu..masih x puas hati..try call Majlis Agama Islam Perak..susah sgt staff sana nk jawap call..akhirnya ada gak yg menjawap..dia kata x penah plak dengar borang HIV test ni boleh download dlm internet..cuba tanye Jabatan Agama Islam Perak.."aku terpinga" dalam hati "ha ada lagi jabatan agama islam lain ke..rasa dah betul..huhuhu..serach2 lagi rupanya ada satu lagi laman web "JAIP"..kat sinilah sebenarnya nak daftar perkahwinan..hahaha..lawak betul..boleh plak ku tak tahu..confius la..apa fungsi Majlis dengan Jabatan pun Miss N x pasti..yang pastinya still gak x jumpa borang yang dicari..

Masage En Tunang "Pa,mcm mana ni??xde pun borang perak punya dlm internet"..dalam masa yang terus call Klinik, bagi tau yang Miss N x dapat cari borang tu..Staff tu kata xpe boleh pakai yang selangor..tapi dia cuma takut ada masalah je nanti time nak submit borang kat perak..Tapi diri ni tetap mengatakan  mybe xde masalah kalau guna borang lain negeri..nak sedapkan hati lagi Miss terus call JAIP..Alhamdulillah dapat call..bercakap dengan org JAIP and tanye pendapat..so org JAIP cakap xde masalah kalau guna borang negeri lain..janji buat kat klinik kerajaan..tujuannya untuk memudahkan org yang outstation kat luar negeri nak setalkan HIV test dengan cepat..x payah la nak tunggu habis outstation buat kat tempat sendiri..kan menyusahkan..yang penting keputusan HIV dan ada mengambil test HIV ni..

So semalam tetap pergi ambil HIV test kat klinik tu menggunakan borang yang disediakan..1stly sampai kena register dan ambil no..ingat dah booked x payah nak ambil no lagi..erm...isi2 borang,tick sana,tick sini..banyak betul nk kena isi..ada gak En Tunang tolong tickkan Miss N punya soal silidik..hehehe..sampai kat soalan period..terus pas balik kat Miss N..katanya..soalan ni dia x tau nk jawap..hahahha..kelakar tul..

Lepas tu pas borang tu kat kuanter pendaftaran..kena bayar rm1 sorang..lepas bayar kena plak menunggu kat balik No 17...Bila giliran kena panggil terus masuk..nurse lelaki yang buat test ni..ambil jari manis kanan..letak ubat kebas..terus cucuk..keletap..bunyi alat cucuk..huh..sakit gak la..pedih..nurse tu picit2 kuarkan darah..sedut masuk dalam tiup straw kecil..mcm straw vitagen tu..hehehe..pastu nurse tu letak kat kertas test hiv..nurse tu kata ok..boleh tunggu luar..lor..mcm tu je ke..huhuhu..ingat ada timbang badan ke..ukur tinggi ke..hehehe..tengah tunggu tak lama lepas tu giliran En Tunang plak..tgok darah En Tunang pun banyak yang keluar..kata En Tunang "darah manis"huh..menyampah =D

 Darah Manis =D
 
 
 
Nombor bertuah :)
 
Nurse panggil lagi untuk ambil keputusan..Keputusan kami mestilah Negatif (-)..huhuhu..nurse kata borang tadi boleh bawa kat jabatan agama islam..

Alhamdulillah selesai satu hal..hope borang kami nanti xde masalah untuk proses nikah nanti =D

nak apa info boleh tgok sini :-

Klinik : Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya
Jalan DJS 2C/5 Taman Dato Harun Petaling Jaya
03-77843671

Link JAIP : http://jaipk.perak.gov.my/


Thursday, 6 June 2013

Jakel pilihan hati :P

Assalamualaikum....:)

Pejam celik pejam celik dah bulan 6. Tinggal lebih kurang 4 bulan nak buat persiapan perkahwinan Nisasufi ni..

Baju untuk nikah belum tempah lagi ni..baru 2 minggu lepas beli kain kat Jekel Shah Alam..huhuhu..sempat ke tailor nak buat baju nikah Miss N ni..huhuhu..risau plak..Mybe minggu ni nak betul2 cari Tailor..apa2 pun mesti kena minggu ni!..takut baju x siap time nikah nanti..dah la nak bulan pose ni..mesti banyak tempahan baju raya..tak pasal2 nanti baju nikah jadi baju raya plak =D

Nak jadi cerita rezeki kawen..dapat gaji bulan lepas termasuk sekali 2nd bonus..alhamdulillah..dapat gak rezeki nak beli barang perkahwinan..so terus ajak En Tunang pi Jakel..kebetulan time kami dtg hari tu memang tengah sales..katanya Hari Buruh Sales..rezeki sekali lagi..

Biasalah dah sampai sana dah jadi rabun warna plak..Miss N memang dah plan nak cari kain siffon warna putih dah lace warna pink+ hijau..warna lace ni nak samakan dengan sampin En Tunang..Ready dah bawak sampin ke Jekel..senang nak macthkan warna..Siffon warna putih memang senang nak cari..pilih je nak yg mahal or murah je..yang jadi masalah dapatkan lace pilihan hati memang payah..sampai dah keluar Jekel boleh masuk balik la..susah betul nk buat keputusan..tp bila dah betul2 nak beli ada masalah plak..Jurujual tu kata tinggal 4 meter je..kalau Miss N nak 1 meter dorang x boleh jualkan..sebab lace ni dijual dengan pakej buy 2m free 4m kain satin.masalah2 kita nak 1 meter je..buat apa nak banyak2 just nak buat pace je..

Miss N tetap berkeras hati gak nak 1 meter..tak mau mengalah tu..hahaha..mula2 jurujual tu offer kat Miss N ambil 2 meter dengan harga RM200 tanpa free satin 4 meter..Miss N cakap tak gak!..Miss N kata saya akan beli 2m+4m satin dengan harga RM200...melampau tak..hahaha..ikutkan harga utk pakej mcm tu lebih kurang RM400 tau..Last datang penyelia dorang..Penyalia tu pun bagi gak la kat Miss N pakej mcm tu dengan harga mcm tu..wah suka la..dalam hati rasa melampau gak..tp lantak la..dorang dah banyak untung..hahahah..jahat2..

Siffon putih 6m = RM150
Lace 2m = RM200

Total habis kat Jekel je dah RM350..belum upah jahit...En tunang kata macam ni harga baik beli je terus je baju nikah kat kedai..hahaha..

Xpe la..sekali sekala untuk kawen..nak gak rasa ada baju nikah sendiri..Impian Miss N nak wariskan nanti baju nikah ni kat anak perempuan Miss N yang pertama..hehehe..InsyaAllah =D




 
Free kain satin..nak wat apa ye..tgok la lepas kawen ni leh pikir nak wat apa ngan satin tu..atau bagi kat En Tunang wat baju melayu..=D


Lepas ni nak tambah bead warna pink..nak kasi nampak ada warna2 pink..huh..duit lagi kat situ...alahai kawen punya pasal ..=D