Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Tuesday, 18 June 2013

Dress Labuh...inginku milikinya

Assalamualaikum :)

 
Cantik tak dress kat atas ni ??...Miss N dah lama teringin nak beli satu..berangan nak pakai time honeymoon nanti..hehehe..berjalan2 dengan suami..sambil bergambar dengan dress ni..=D

Nak order skrg rasa belum mampu lagi..banyak lagi urusan perkahwinan belum setel..semua memerlukan duit..Walaupun harganya masih di bawah RM100..Duit..Oh Duit...

Dua2 warna cantik....:)

Bestnya lah kalau impian senang tercapai..:(



Friday, 14 June 2013

Penangan Bendera Merah :P

Assalamualaikum :)

Kalau yang perempuan mesti tahu apa itu bendera merah..semesti ada pada setiap bulan..hehehe..Period la..tak tau plak..hahaha..

Kalau benda ni datang mcm2 horman badan kita bertukar..kadang kita sendiri tak tahu apa puncanya..Salah satunya sifat kemarahan..Miss N sendiri banyak kali mengalaminya..tak kira la 2 atau 3 hari sebelum nak datang atau tengah datang benda ni..ada je benda nak marah..hal kecik pun rasa tetap x puas hati...ada seorang yang Miss N perasan berlaku pada En Tunang..tak tahu la horman ni boleh berjangkit ke tak..hehehe..if  Miss N nk datang bulan or tengah dtg bulan, En Tunang plak asyik nak marah je..ada je yang tak kena..kita ni semestinya ada rasa nak marah..dia pun nak juga..erm sabar je la..

Malam tadi lagi Miss N rasa mcm nak gila..dengan sakit perut + sakit pinggang yang teramat..tergolek sana x kena..golek kat sini tak kena..Time2 mcm ni la Miss N rasa nak bermanja2 and nak mengadu kesakitan kat En Tunang..Bila msg En Tunang, dia plak lambat je reply msg..mcm2 Miss N hantar msg kat dia..Miss N mcm nk marah En Tunang sebab reply lambat..call tak jawap2..Last bengang terus off hp..kononnya nk merajuk la..terus tertido..sedar kul 12 mlm Miss N bukak hp..dapat miss call dari En Tunang sekali ngan msg..En Tunang kata hp dia cas dlm bilik, and time tu dia mandi..Satu lagi msg dari En Tunang " kata tadi dah nak tido..ni membebel plak.." Eh? Miss N plak yang kena..hahaha..memang pun Miss N ckap dah nak tido..tapi tu sebelum sakit perut la..bila nk tido datang la plak sakit perut ni..tu yang x leh nak tido..huhuhu...Miss N paham En Tunang baru balik kerja..nak rehat, nak makan, nak mandi..Sebab tu la dia reply lambat msg dari Miss N..Miss N ni plak hari lain leh je paham kedaan En Tunang...tp bila time dtg period memang susah nak paham...mcm ada satu kuasa yang telah mengawal kita punya emosi..huhuhu...

Inilah yang dikatakan penangan wanita yang period :P

Bagi lelaki-lelaki di luar sana..tolong la ambil masa sikit untuk melayan kerenah wanita yang dalam period ni..tak lama pun..sebulan sekali la..if berjangkit gak dengan emosi wanita tu..erm..tak tau la nak kata apa...hahahah =D




Friday, 7 June 2013

Kami (Negatif) HIV :)

Assalamualaikum :)

Second step untuk  proses perkahwinan Nisasufi...HIV test! ataupun Ujian Saringan HIV......Done!..
Semalam pukul 3ptg Miss N dan En Tunang sama-sama pergi buat HIV test..kami amik test ni kat Klinik kerajaan taman Dato Harun..Sebelum tu kena booked dulu tau! Jangan main redah je dtg..kang tak pasal org klinik suruh balik...

Booked hari isnin lepas..lari kejap time lunch hour pi klinik tu..daftar untuk dua orang...masa daftar tu staff klinik tu pesan suruh bawak borang sendiri mengikut alamat daftar perkahwinan..mcm Miss N nikah kat perak kena guna perak..ok..balik je office terus suft internet cari borang HIV negeri perak..x jumpa!..aduh mcm ni..x boleh kawen la mcm ni..hati dah risau..huhuhu..masih x puas hati..try call Majlis Agama Islam Perak..susah sgt staff sana nk jawap call..akhirnya ada gak yg menjawap..dia kata x penah plak dengar borang HIV test ni boleh download dlm internet..cuba tanye Jabatan Agama Islam Perak.."aku terpinga" dalam hati "ha ada lagi jabatan agama islam lain ke..rasa dah betul..huhuhu..serach2 lagi rupanya ada satu lagi laman web "JAIP"..kat sinilah sebenarnya nak daftar perkahwinan..hahaha..lawak betul..boleh plak ku tak tahu..confius la..apa fungsi Majlis dengan Jabatan pun Miss N x pasti..yang pastinya still gak x jumpa borang yang dicari..

Masage En Tunang "Pa,mcm mana ni??xde pun borang perak punya dlm internet"..dalam masa yang terus call Klinik, bagi tau yang Miss N x dapat cari borang tu..Staff tu kata xpe boleh pakai yang selangor..tapi dia cuma takut ada masalah je nanti time nak submit borang kat perak..Tapi diri ni tetap mengatakan  mybe xde masalah kalau guna borang lain negeri..nak sedapkan hati lagi Miss terus call JAIP..Alhamdulillah dapat call..bercakap dengan org JAIP and tanye pendapat..so org JAIP cakap xde masalah kalau guna borang negeri lain..janji buat kat klinik kerajaan..tujuannya untuk memudahkan org yang outstation kat luar negeri nak setalkan HIV test dengan cepat..x payah la nak tunggu habis outstation buat kat tempat sendiri..kan menyusahkan..yang penting keputusan HIV dan ada mengambil test HIV ni..

So semalam tetap pergi ambil HIV test kat klinik tu menggunakan borang yang disediakan..1stly sampai kena register dan ambil no..ingat dah booked x payah nak ambil no lagi..erm...isi2 borang,tick sana,tick sini..banyak betul nk kena isi..ada gak En Tunang tolong tickkan Miss N punya soal silidik..hehehe..sampai kat soalan period..terus pas balik kat Miss N..katanya..soalan ni dia x tau nk jawap..hahahha..kelakar tul..

Lepas tu pas borang tu kat kuanter pendaftaran..kena bayar rm1 sorang..lepas bayar kena plak menunggu kat balik No 17...Bila giliran kena panggil terus masuk..nurse lelaki yang buat test ni..ambil jari manis kanan..letak ubat kebas..terus cucuk..keletap..bunyi alat cucuk..huh..sakit gak la..pedih..nurse tu picit2 kuarkan darah..sedut masuk dalam tiup straw kecil..mcm straw vitagen tu..hehehe..pastu nurse tu letak kat kertas test hiv..nurse tu kata ok..boleh tunggu luar..lor..mcm tu je ke..huhuhu..ingat ada timbang badan ke..ukur tinggi ke..hehehe..tengah tunggu tak lama lepas tu giliran En Tunang plak..tgok darah En Tunang pun banyak yang keluar..kata En Tunang "darah manis"huh..menyampah =D

 Darah Manis =D
 
 
 
Nombor bertuah :)
 
Nurse panggil lagi untuk ambil keputusan..Keputusan kami mestilah Negatif (-)..huhuhu..nurse kata borang tadi boleh bawa kat jabatan agama islam..

Alhamdulillah selesai satu hal..hope borang kami nanti xde masalah untuk proses nikah nanti =D

nak apa info boleh tgok sini :-

Klinik : Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya
Jalan DJS 2C/5 Taman Dato Harun Petaling Jaya
03-77843671

Link JAIP : http://jaipk.perak.gov.my/


Thursday, 6 June 2013

Jakel pilihan hati :P

Assalamualaikum....:)

Pejam celik pejam celik dah bulan 6. Tinggal lebih kurang 4 bulan nak buat persiapan perkahwinan Nisasufi ni..

Baju untuk nikah belum tempah lagi ni..baru 2 minggu lepas beli kain kat Jekel Shah Alam..huhuhu..sempat ke tailor nak buat baju nikah Miss N ni..huhuhu..risau plak..Mybe minggu ni nak betul2 cari Tailor..apa2 pun mesti kena minggu ni!..takut baju x siap time nikah nanti..dah la nak bulan pose ni..mesti banyak tempahan baju raya..tak pasal2 nanti baju nikah jadi baju raya plak =D

Nak jadi cerita rezeki kawen..dapat gaji bulan lepas termasuk sekali 2nd bonus..alhamdulillah..dapat gak rezeki nak beli barang perkahwinan..so terus ajak En Tunang pi Jakel..kebetulan time kami dtg hari tu memang tengah sales..katanya Hari Buruh Sales..rezeki sekali lagi..

Biasalah dah sampai sana dah jadi rabun warna plak..Miss N memang dah plan nak cari kain siffon warna putih dah lace warna pink+ hijau..warna lace ni nak samakan dengan sampin En Tunang..Ready dah bawak sampin ke Jekel..senang nak macthkan warna..Siffon warna putih memang senang nak cari..pilih je nak yg mahal or murah je..yang jadi masalah dapatkan lace pilihan hati memang payah..sampai dah keluar Jekel boleh masuk balik la..susah betul nk buat keputusan..tp bila dah betul2 nak beli ada masalah plak..Jurujual tu kata tinggal 4 meter je..kalau Miss N nak 1 meter dorang x boleh jualkan..sebab lace ni dijual dengan pakej buy 2m free 4m kain satin.masalah2 kita nak 1 meter je..buat apa nak banyak2 just nak buat pace je..

Miss N tetap berkeras hati gak nak 1 meter..tak mau mengalah tu..hahaha..mula2 jurujual tu offer kat Miss N ambil 2 meter dengan harga RM200 tanpa free satin 4 meter..Miss N cakap tak gak!..Miss N kata saya akan beli 2m+4m satin dengan harga RM200...melampau tak..hahaha..ikutkan harga utk pakej mcm tu lebih kurang RM400 tau..Last datang penyelia dorang..Penyalia tu pun bagi gak la kat Miss N pakej mcm tu dengan harga mcm tu..wah suka la..dalam hati rasa melampau gak..tp lantak la..dorang dah banyak untung..hahahah..jahat2..

Siffon putih 6m = RM150
Lace 2m = RM200

Total habis kat Jekel je dah RM350..belum upah jahit...En tunang kata macam ni harga baik beli je terus je baju nikah kat kedai..hahaha..

Xpe la..sekali sekala untuk kawen..nak gak rasa ada baju nikah sendiri..Impian Miss N nak wariskan nanti baju nikah ni kat anak perempuan Miss N yang pertama..hehehe..InsyaAllah =D




 
Free kain satin..nak wat apa ye..tgok la lepas kawen ni leh pikir nak wat apa ngan satin tu..atau bagi kat En Tunang wat baju melayu..=D


Lepas ni nak tambah bead warna pink..nak kasi nampak ada warna2 pink..huh..duit lagi kat situ...alahai kawen punya pasal ..=D






Wednesday, 29 May 2013

Sewa Baju Bertunang

Assalamualaikum :)

Hari ni nak bagi tawaran best kat blogger2 kat luar sana yang bakal bertunang...Miss N nak sewakan baju bertunang kepada sesiapa yang ingin mengdapatkan baju sewa untuk majlis pertunangan nanti..Lepas bertunang hari tu Miss N x pakai lagi baju ni..dah lama dok dalam almari..so Miss N rasa nak sewakan..berguna juga..hehehe

Ok...Baju yang Miss N nak sewakan gambarnya seperti di bawah ni


 
 
Harga sewa : RM 50 (Baju kurung moden + Tudung)
Saiz : 38 rasa2 S/M kot..=D
Deposit : RM50 akan dipulangkan selepas baju dikembali dalam keadaan yang baik
 
* Baju ni boleh di ambil di area lembah Klang....
* Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di :-
 
1.Call/Wechat/WhatsApp = 0126018964
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 28 May 2013

Ciri-ciri Org Yang Zalim..

Assalamualaikum :)

Sekadar nak memberi kesedaran kepada diri sendiri...hari ni baru tau yang aku ni ada gak la cikit zalim..huhuhu..

Seorang ulama dan ahli sufi yang terkenal bernama Sufwan Atsauri mengatakan terdapat 10 sifat orang Islam yang zalim (tidak melaksanakan hak sebagai seorang muslim).


Ciri-Ciri Orang Yang Zalim

1. Orang yg pandai/reti/tahu/boleh baca Quran tapi tidak membaca Quran sebanyak 100 ayat dalam sehari....konon xde masa, tapi tgk tv berjam2 buleh pulak...

2. Orang yg masuk dalam satu masjid tapi xtunaikan solat tahiyatul masjid...pernah aku dengar, surau yg padanya didirikan solat fardhu berjemaah 5x kali buleh dikira sebagai masjid walaupun tidak didirikan solat jumaat...jadi kita boleh niat tahiyatul masjid kat surau tu, dengan syarat didirikan solat fardhu berjemaah 5 waktu...tapi kalau surau yg buat solat jumaat, tapi xbuat solat jemaah 5 waktu...maka xleh nak masjid, ia tetap surau, mana ada solat tahiyatul surau...sepatutnya semua surau diwakafkan dan diwartakan kepada masjid...masjid ada dua, masjid jamek(buat jumaat) dengan masjid biasa(xbuat jumaat)...

3. Orang yg lalu perkuburan Islam tapi xberi salam pada penghuni kubur...sebaik2 salam adalah seperti berikut...Assalamualaikum pada penghuni kampung ini, tuan-tuan semua dah pergi dulu, InsyaALLAH kami akan menyusul kemudian...berbanding ucapan salam kepada ahli kubur, seolah2 kita ni xkan masuk kubur...

4. Orang yg melalui satu kampung/tempat pada hari Jumaat tapi xmenunaikan solat Jumaat...makruh hukumnya bermusafir pada hari jumaat walaupun kita sempat buat solat jumaat, haram hukumnya bermusafir pada hari jumaat jika kita tahu xsempat nak tunaikan jumaat...bagi yg keluar sebelum subuh, maka xwajib atasnya solat jumaat, tapu yg keluar bermusafir lepas subuh, maka tetap diwajibkan atasnya solat jumaat...(sebagai tambahan, ketika khatib baca khutbah, sunat kita pandang muka khatib, bukan sunat tunduk muka konon khusyuk)

5. Orang yg mana ada org alim datang ke kampung dia nak beri syarahan, dia xmau dengar syarahan org alim tu...zaman sekarang ni org alim yg kena cari pendengar, klu dulu, pendengar yg cari org alim, berbatu2 perjalanan, jalan kaki pulak tu...

6. Dua org yg bertemu tapi tidak bertanya khabar...seelok2nya bagi salam dan tanya nama...bukan setakat jupe angkat2 kening pastu sembang2 kosong tapi xtahu pun nama masing2...

7. Orang yg dijemput ke suatu majlis yg xde unsur2 maksiat tapi sengaja xmau hadir...ada ulamak kata acara bersanding, menyanyi, joget lambak sume tu adalah maksiat, org dulu2 buat pasal depa xtau haram, depa ikut tradisi..sekarang ni dah ramai yg kata haram, tapi masih nak buat lagi...sampai satu tahap jika xbersanding, dianggap bukan anak dara...

8. Orang yg xde urusan ape2 tapi xnak belajar agama...contohnya org2 yg dah pencen daripada duk melepak kat kedai berjam2, main dam tgk tv...baik pegi menadah kitab kat masjid...ada juga faedahnya...

9. Orang yg kenyang tapi xambil tahu org sekelilingnya kelaparan...senario ini adalah perkara biasa, jiran sama jiran pun xpernah bertegur sapa, inikan pula nak tahu dah makan ke belum...

Patutnya ada 10, tapi kenapa aku dengar 9 je...maybe aku terlepas point atau ustaz terlepas point kot...hehe..,nnti aku chek balik...

Zalim yg disebutkan kat atas ni...xsumenya berdosa...zalim disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...bermakna melakukan sesuatu yg tidak patut...contohnya xwajib bagi salam pada org kubur...tapi klu xbuat, dikira zalim lah...zalim ni xsama dengan kejam...

       

Monday, 27 May 2013

Tips Ketika Datang Interview

Assalamualaikum :)

Minggu lepas Miss N pergi interview kerja di salah sebuah company di Pusat Damansara..Saje nak cuba untuk gaji yang lebih besar lagi..hehehe..mana la tau ada rezeki kat sana plak.. =D

Bab yang paling Miss N x suka bila datang interview ni, bila kita diberi borang untuk diisi sebelum nama kita di panggil untuk di interview..huh memang malas betul la..time tu la rasa macam nak bawak assistant tolong isikan..huhuhu..malas tahap gaban..mana taknya semua maklumat tu kita dah letak dalam resume masa nak apply job tu..kena isi sekali lagi..memang boring..Nape lah dorang x baca je resume yang kita lampirkan dulu..

Nak plak bila nak isi, ada maklumat yang kita dah x ingat..contohnya tarikh, tahun, keputusan peperiksaan..macam Miss N alamat rumah sewa pun x penah ingat..hahaha..terkial2 mencari..selak2 dalam handbeg nasib la terbawak salinan resume..baru teringat sebelum tu ada baca jobscope dalam kereta sebelum nak keluar..terus lipat2 masuk dalam handbeg..huhu..nampak sgt jobscope sendiri pun dah x ingat..hahaha..so dengan mudahnya copy semua ayat dalam resume tu masuk dalam borang tu..kan senang tak payah call tuan rumah minta alamat rumah..hahaha..

Lepas ni kalau nak cuba lagi pergi interview memang kena ingat stanby la segala yang di bawah ni :-

1. Salinan Resume
2. Pen ( hari tu company tu pun x bagi pen..tau2 dah blah..nasib baik dalam handbeg dah ada pen)
3.Salinan Sijil ( yang ini Miss N lupa bawak hari tu..x cakap pun suruh bawak..tau2 je dia minta)
4.Sijil Asal
5.Gambar
6.Peta lokasi (takut sesat..kalau ada GPS pun ok =D)

Ni je la kot yang penting..hehehe.. =D