Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Thursday 17 January 2013

Hukum Pemakaian Cincin Suasa Bagi Lelaki

Assalamualaikum :)


1.KENYATAAN DARI JAKIM

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki
 
2. KENYATAAN  DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
 
Sumber dari Google...
 
Nasib belum beli lagi..alamatnya..kena cari Silver atau Platinum la untuk En Tunang nanti.... :P
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment