Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Monday 19 May 2014

Cucur Badak..mana badaknya???

Assalamualaikum :)

Dah lama saya tak share resepi dlm my blog yang dah berhabuk ni..hehehe...
kali ni rasa nak share resepi cucur badak resepi ibunda..
Saya dah beli ubi keledik nak dekat semingu yang lepas..memang dah cadang nak buat cucur badak..1st time ni buat resepi pun tak tahu..try google..bila dah google mula la pening..macam-macam cara..rasa mcm tak percaya plak..betul ke ada letak benda tu..benda ni..last2 saya call ibu minta resepi..sambil tu nk wish besday kat my ibu yang ke 57 tahun..Semoga Ibu dimurahkan rezeki dan panjang umur..Rindu sangat masakan ibu..Ibu memang pandai buat kuih muih ni..Dia memang rajin..

Saya dedikasikan resepi ini untuk Ibu :)


Resepi Cucur Badak

*Resepi ni xde sukatan yang betul..Saya main campak je..Alhamdulillah sedap..

1. Ubi keledek kuning yang telah direbus sehingga lembut
2. 3 batang serai *
3. 3 ulas bawang kecil*
4. Udang kering*
5. Jintan manis dan Jintan putih kasar
6. Sedikit Cili Giling*
7. Kelapa parut ambil yang putih sahaja dan diblend sikit supaya halus
8. Serbuk Kunyit
9.Garam
10. Gula
11.Tepung Gandum
12. Udang bersaiz kecil

Cara-Cara

untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak +udang halus+ garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung.
tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.  letakkan inti dan tutup kembali. Tempek la udang kecil kat atas..tekan sikit supaya bila goreng udang tak tertanggal...


Bila dah goreng mcm ni la hasilnya...



Selamat mencuba =D






 









No comments:

Post a Comment