Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Total Pageviews

Wednesday, 4 September 2013

Dugaan :(

Assalamualaikum :)

Majlis perkahwinan dah nak dekat..tinggal lagi sebulan lebih je..makin nak dekat..makin la x cukup duit..Alahai nasib..Banyak lagi preparation tergendala..Faktor ekonomi terpaksa tangguhkan dulu..Nak meminta segan..nak meminjam malu...

Cik Viva..harap babyku sayang ni bersabar la dulu..Tuannya paham..bermcm2 bunyi dah didengar..kau sakit kan?..Sabar ye syg..Tengah usahakan mencari ni..Minta doa dipermudahkan...

 Betul2 buntu..dah habis korek ni..:(







Friday, 16 August 2013

Resepi Nasi Tomato dan Ayam masak Kuzi

Assalamualaikum :)

Miss N nak share ckit resepi nasi tomato yang minta cuba buat masa raya Ke-3 and Ke-5 hari tu..Percubaan pertama menjadi..perfect sangat..ibu puji gila..katanya abah hang masak pun x sedap ni..abah masak nasi tu masih lagi belantahan (mentah)..

Cara menyediakan resepi ni Miss N hanya tgok Chef Wan masak dlm rancangan AFC astro..bahan2 plak Miss N ikut resepi dalam ternet..tapi kuantiti semua Miss N main agak2 n campak2 je sebab Miss N buat 7 pot beras..Boleh la untuk 20 orang makan..

Bahan-Bahan Nasi Tomato

1. 7/8pot beras
2. Satu tin kecil tomato pure
3. 1/2 cawan tomato sup
5. 3 biji bawang besar dihiris
6. 5 biji bawang putih dihiris
7. 2 inci halia dihiris
8. 2 helai daun pandan
9. 1 kotak kecil kismis (jenama LEGO)
10. sedikit gajus
11. 1/2 tin susu cair
12. Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
13. Garam
14. Minyak Sapi untuk menumis
15.3 Biji Buah Tomato didadu kecil
16.Bawang Goreng
17. Daun Sup

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dah rempah ratus dan daun pandan sehingga naik bau..
Masukkan tomato puri,tomato sup dah buah tomato yang didadu kecil..
Masukkan gajus, kismis...
Masukka beras yang telah dicuci..kacau sebentar sehingga rata selama lebih kurang 2 minit..
Masukkan air yang mendidih kedalam nasi..kuantiti air ikut la cara masak nasi biasa..
Masukkan susu cair..biarkan nasi sehingga hampir kering..
Bila dah hampir kering taburkan bawang goreng, daun sup, kismis..dah ditutup dengan daun pisang dibahagian atas nasi..kecilkan api..dah biarkan sehingga nasi masak..

Hasilnya..mcm ni la...
 

 
 
 
Selalu bila sebut nasi tomato mesti dengan ayam masak merah..tapi kali ni Miss N ckap ibu x nak la ayam masak merah dah bosan..Miss N cadangkan ayam masak Kuzi..resepi ni Miss N cari dah ternet je..tp ni pun 1st time masak...Sedap..memang kena la ngan nasi tomato..Try la..
 
 
Resepi Ayam Masak Kuzi
 
 
Bahan-Bahan
 
1. 1 Ekor Ayam
2. 6 sudu besar rempah Kuzi
3.Biji gajus
4. Kismis
5. 1/2 tin susu cair
6. Sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan bunga cengkih
7. Minyak sapi untuk menumis
 
Bahan Kisar
1. 3 Biji bawang kecil
2. 1 biji bawang besar
3. 3 biji bawang putih
4. 2 inci halia
 
Masukkan minyak sapi..Tumis bahan-bahan kisar bersama kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan bunga cengkih sehingga naik bau..masukkan rempah kuzi..masak sehingga naik minyak..masukkan ayam yang telah digoreng...masukkan susu cair, kismis dah gajus..kalau rasa nak berkuah tambah la sedikit air..
 
Siap....Ayam masak Kuzi
 
 

Ok..dah salin resepi tolong la klik iklan dalam blog Miss N ni..hehehe..Thanks




Tuesday, 6 August 2013

Tinggal 2 bulan 28 hari lagi..Jom try asid folik

Assalamualaikum :)

Korang penah dengar tentang kebaikan asid folik? Miss N pun baru je tahu dari pembacaan blog2 lain..Kalau nk lagi lebih tahu korang boleh search sendiri..Google di jari anda..hehehe

Semalam lepas berbuka puasa dengan En Tunang..Miss N terus ajak En Tunang temankan pergi Guardian..nak cari asid folik..Miss N ni sebenarnya x suka sangat ambil apa2 ubat..tapi rasa nak cuba sangat ambil asid folik..mana la tahu rezeki..

Sebenarnya apa yang Miss N paham pasal asid folik ni ialah boleh mengelakkan kecacatan bayi semasa dalam kandungan..bagi yang ingin hamil digalakkan makan 3 bulan sebelum hamil..tp org yang nk hamil ni bukan tahu pun dia nk hamilkan..so Miss N tertarik sangat..dari pembacaan awal2 dulu Miss N dah plan 3 bulan sebelum kawen Miss N nak amalkan makan..tapi dah terlewat dua hari la..hehehe..ada gak dengar Asid Folik ni boleh memudahkan hamil..Erm..tak salah kan kita nak cuba..kalau yang belum kawen pun rasanya boleh makan jugak..En Tunang tanye ada kesan sampingan ke..Miss N pun x pasti..tapi dari pembacaan Miss N rasanya xde..

Asid Folik ni korang boleh beli kat mana2 farmasi..lain farmasi lain harganya..survey2 la dulu eak...Cara makan plak Miss N kurang pasti..tanye chasier farmasi tu katanya satu hari sebiji..Tadi Miss N pun dah search ternet..semua kata satu hari sebiji..Dekat Guardian, dorang jual ikut papan2..satu papan harganya RM0.90..murahkan..Ada gak setengah farmasi jual satu kotak..Dalamnya ada 100biji..mybe ada 10 papan kot..So korang boleh buat pilihan sendiri ye =D


Kita try dulu 5 papan ni ye =D
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 5 August 2013

Raya..Oh Raya....

Assalamualaikum :)

Dua hari je la kerja..Mood hari ni memang dah mood raya..tambah plak dengar lagu raya dalam office ni..semangat nak balik raya..huhuhu..walaupun xde baju raya..kuih raya untuk ibu..tapi kampungku tetap di hati...


Tak sabar nak makan ketupat dengan rendang... =D






Friday, 2 August 2013

Ku Terima Selagi Mampu

Assalamualaikum :)

Bukan nak merungut, tapi cuma mahu luahkan perasaan..Miss N tak tahu nak cerita dengan sesiapa apa masalah yang dialami skrg ni..Miss N luahkan di sini je la...

Semalam, bos handover lagi task untuk Miss N..so secara umumnya job scope Miss N bertambah la lagi..Bila belajar semua kerja tu..rasa mcm x mampu je..Bayangkan semua benda Miss N kena wat di office ni..Miss N paham staff tak ramai..tapi agak2 la..rasa mcm kuli batak plak..memang x kena dengan gaji yang di terima skrg ni..kalau Management nak naikkan gaji mungkin tahun depan..lama lagi la Miss N kena tanggung semua ni..

Buat yang tak tahu, Jawatan je Asst Mechanical Engineer,..tp kerja dah mcm kerani..Tugas Miss N skrg ni mcm2..ada staff lain mcm tak membantu je..apa2 Miss N gak nak kena setelkan..Now Miss N bukan saja asst engineer..tp kena asst Sales Department, Admin, Asst Bos...ermmmmmmmmmmm..

Memang mengeluh la..meja skrg x mcm dulu..dah tak terkemas..meja plak kecik..memang serabut kepala..semalam dapat kerja untuk preparation document untuk delivery barang...memang banyak ducument nak kena wat..tak tahu la boleh arrange ke tak..

Ok lah masalah kerja ni Miss N terima la selagi mampu..harapan agar imbuhan nanti berbaloi dengan apa yang Miss N lakukan..

Beginilah kalau kita ni gaji kecik...semua kerja kena buat...




Monday, 29 July 2013

Bila dikatakan pengalaman pahit memang susah nak dilupakan

Assalamualaikum :)

Hari ni Miss N tolong En Tunang untuk renew roadtax and insurans kereta dia...Sebelum ni En Tunang lepaskan tangan dekat orang yang jual kereta tu..tapi kali ni En Tunang nak try dengan perkhidmatan MYEG..Mybe dia tgok Miss N lebih senang berurusan dengan MYEG utk renew roadtax kereta Miss N..mcm Miss N penah story dekat  sini dulu...

Sebenarnya setiap kali nak renew roadtax kereta..ada sejarah hitam yang Miss N tak penah lupa dan mungkin akan ingat sampai mati bila ditipu dengan seorang lelaki yang Miss N rasa dia adalah seorang syaitan yang masih berkeliaran di muka bumi Allah ni..Yang rasa diri ni bodoh sangat bila dah ditipu, Miss N tetap boleh maafkan dia dan menerima untuk bertunang dengan si Syaitan ni..Jangan salah paham..Si Jantan ni bukanlah Tunang Miss N skrg ni..Tunang Miss N skrg ni tak mcm si jantan tu..Dia lebih bertanggungjawap pada Miss N..

Miss N ingat lagi..di awal perkenalan Miss N dengan syaitan tu..rasanya baru dalam sebulan kenal..Time tu awal bulan January..Miss N dah pening kepala mcm mana nak cari duit untuk bayar roadtax kereta..dalam simpanan langsung xde..al-maklumlah gaji time tu kecik..cukup2 makan je..nak kena bayar kereta tiap bulan..sewa rumah..Nasib baik ada kak long..Miss N pun try pinjam duit dengan kak long untuk renew roadtax ni..Kak long bagi pinjam RM1000..Sukanya hati satu masalah dah selesai..ada lagi satu masalah..mcm mana nk renew roadtax ni..Miss N x penah renew sendiri..baru 1st time nak renew..jadi Miss N sampaikanlah masalah Miss N ni kat si syaitan tu..Si syaitan tu dengan kata2 manis untuk menolong Miss N..katanya dia boleh minta tolong runner office dia watkan..Miss N pun dengan penuh kepercayaan serahkan la bulat2 kat syaitan untuk uruskan..Si syaitan ni telah minta kad bank Miss N dengan pin kod..katanya senang dia boleh keluarkan bila nak guna duit tu utk bayar roadtax..sekali lagi Miss N percaya..

Hari demi hari berlalu.. roadtax kereta dah nak expired..bila Miss N tanye dah siap ke roadtax kereta..jawapannya dah..tapi ada kat office..tanye lagi..lupa nak bawak balik..tinggal kat office..Miss N dan tak sedap hati..sanggup nak dari pj ke PKNS Shah Alam..dengan harapan boleh dapat roadtax tu..tapi hampa..bila jumpa sendiri mcm2 alasan dia bagi..Dia bagi lagi kata2 manis..pujuk Miss N suruh balik dulu..nanti dia bg roadtax tu..Sehingga la dah nak hampir sebulan..Miss N terpaksa drive kereta dengan roadtax yang dah expired..nasib la xde roadblok..Miss N try call lagi jantan tu..Dia still jawap..Mula2 ckap exsident kat KL..nak bg alasan supaya Miss N kesian la tu..Esok pagi2 Miss N call dah tak dapat..Miss N dengan nekad terus ke Kg Abu Bakar Baginda..Rumah family si Syaitan tu..bila cari dia Mama dia kata dia ke penang..Penang plak!!! Miss N pun cerita la yang Miss N ada minta tolong syaitan ni untuk renew roadtax..duit dah bagi tapi sampai skrg belum dapat roadtaxnya..fmly dia x leh nak tolong kata bapak dia..Miss N balik dengan penuh geram..

Akhirnya..Miss N dah geram sgt2..Miss N tanye dia satu soalan je.. ada ke tak xde roadtax tu!!!..kalau xde biar Miss N buat sendiri!!..Dia selambanya dia jawap xde...memang rasa nk menangis..Duit dalam bank habis semua dia guna..katanya nanti dia akan bayar balik..Miss N memang kecewa..dah la duit pinjam dari kak long..roadtax tak dapat pun..

Miss N dah boleh nak minta tolong sape2 lagi..Miss N teringat MYEG...penah ternampak kawan office Miss N wat guna online je..Miss N minta dia call no..Miss N terus call MYEG..terus dapat details..rasanya bayaran hanya RM400++ la..Miss N terpaksa guna duit gaji Miss N untuk bayar roadtax ni..

Lepas tu..masalah duit bertimbun2..dengan nak bayar hutang Kak Long..dengan hutang kete dah sangkut..sebab terguna duit gaji..lepas tu ada lagi..terpaksa bayar duit ganti rugi kat mak tam..sebab jual hp yang tak ori..Bila cerita segala hutang nak kena tanggung kat syaitan tu..dia pun bagi cadangan..kononnya cadangan tu membantu la..Miss N harap dia dapat bayarkan..tp Miss N plak di paksa buat personal loan..katanya nak wat biz..nanti boleh tolong setelkan segala hutang Miss N..Miss N terpaksa gak wat loan CIMB..dah la x tau apa2..untung rugi ke..langsung tak pikir..last2 Miss N terpaksa approvedkan gak..tp Miss N tipu syaitan tu yang loan Miss N tak lulus..Miss N terpaksa sebab duit tu Miss N nak bayar hutang..tapi loan tu Miss N tak dapat penuh..rupanya si syaitan tu ada wat perjanjian dengan org yang tolong wat loan tu akan bagi RM1.5k..tanpa pengetahuan Miss N..terpaksa gak la Miss N bagi gak rm1K selepas diminta dikurangkan...

Walaupun mcm2 hutang Miss N kena tanggung sebabkan si hasutan syaitan tu..Tapi Miss N bersyukur dapat putus hubungan dia syaitan tu..dari Miss N jadi isteri dia nanti tak tau apa akan jadi lagi dekat Miss N..mesti hidup merana macam isteri dia skrg ni..dengar cerita..segala harta rumah,kereta..habis kena jual dek si syaitan tu..huhuhu..nasib2...

Pengalaman ini membuatkan Miss N lebih berhati2..banyak urusan kereta Miss N setalkan sendiri..dari service..sampai lah renew roadtax..Miss N dah serik dengan apa yang berlaku..Miss N percaya..apa yang berlaku ada hikmahnya..Terima Kasih Allah..kerana memberikan ku peluang untuk sedar dari kesilapan dulu....





Charles & Keith untuk hari raya :)

Assalamualaikum :)

Raya ni boleh la bergaya dengan handbeg baru =D
Rezeki datang bergolek..minggu lepas bos senyap2 je bagi hadiah ni..katanya pakai untuk raya..Alhamdulillah :)


Dah lama Miss N tak tukar handbeg..dapat ni syukur sangat...Dapat duit raya pun best gak kan..