Salam :p
Ni nak share pengalaman kes ragut yang berlaku di depan mata saya semalam kira2 jam 6.15pm..
Sebelum tu bersyukur sangat sebab saya bukan mangsa keadaan..
Semalam lepas balik keje saya macam biasa akan balik ikut Jln Lapangan Terbang Subang. Masa tu keadaan jalan memang sentiasa jem..tapi still boleh bergerak seperti kura-kura ;p..bila time mcm ni la saya suka mengelamun sambil drive..sedar2 dah sampai rumah..hehehe..Tengah-tengah layan bluss tiba saya terpandang ada moto dengan dua penumpang macam nak terjatuh terbalik ke bahagian tepi sebuah kereta..kereta tu betul2 berada di bahagian depan saya cuma dia di link tengah...
Dlm hati "eh apasal dengan moto tu?"..
Rupa-rupanya...Ya Allah..peragut..
"eh apa saya nak buat ni..nak kejar ke..kalau kejar jalan jem ni..rasa macam nak tekan minyak je pi hentam belakang motor tu"...
Tapi semua kereta x boleh nak buat apa2..peragut tu dapat meloloskan dirinya..saya tgok cermin kereta mangsa tu di bahagian penumpang dah pecah..kesian..budak tu kalau x silap la budak perempuan india..saya hanya nampak dia terus keluar dari kereta..Nak berhenti tgok memang x dapat la..sbb keadaan jalan x mengizinkan..
Lepas tu baru saya sedar yang handbeg Gucci saya ni pun ada kat seat sebelah..apa lagi terus tolak jatuh ke bawah...dlm hati Ya Allah..nasib baik peragut tu x nampak kereta aku untuk dijadikan sasarannya..
Dalam kes ni saya x dapat nak membantu sbb memang tak teringat nak ambil no plat moto peragut tu..kalau teringat pun saya memang x nampak jelas sbb kena plak time tu saya lupa nak pakai spec mata Guess ku..:P so mataku ala2 kembang kuncup la..
Jadi ingat tau..Kakak-kakak ku, Adik-adik ku, kawan-kawan ku...bila drive jangan letak hangbeg mahal anda kat seat atau tempat2 yang senang peragut nak ambil kesempatan...kalau boleh sorak2 la dalam2..
Malang Memang Tak Berbau.. :P
No comments:
Post a Comment